Total Pageviews

Friday, 22 June 2018

PERCUTIAN DI PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

 
PERCUTIAN YANG PALING AWESOME!!!!
JOM MASUK PULAU...

Kepada yang nak bercuti didalam negara tapi tak tau destinasi mana nak pergi, JOM!! bercuti ke Pulau Perhentian iaitu salah satu destinasi percutian yang paling ideal bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Entry kali ni Che Mie nak share pengalaman bercuti 3H2M di Pulau Perhentian, Terengganu semasa cuti seminggu hari raya tempoh hari.

Kami mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Besut seawal jam 2 pagi melalui Lebuhraya LPT 1 & 2 dan tiba di Kuala Besut 8.30 pagi. Kami memilih LPT memandangkan perjalanannya lebih selesa dan banyak hentian/R&R.

JETI KUALA BESUT
Jeti utama ke Pulau Perhentian adalah jeti Kuala Besut. Tiba sahaja di jeti, kami ke pejabat Cocohut Travel & Tours terlebih dahulu untuk ambil voucher bilik dan bot.

Setiap pelancong yang hendak ke Pulau Perhentian akan dibawa menaiki bot yang telah ditempah khas oleh resort masing-masing. Di jeti nanti pelancong perlu membayar RM5.00 seorang sebagai conservation fees ke Taman Laut.

Secara umumnya, tambang bot ke Pulau Perhentian adalah sekitar RM25.00 ke RM35.00 seorang bergantung kepada kadar yang dikenakan oleh agen pelancongan/ pengusaha bot.

Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit bergantung kepada kelajuan bot dan keadaan laut.

 Terminal Pelancongan Jeti Kuala Besut

 

👆Jeti Kuala Besut.

Pengangkutan utama ke Pulau Perhentian adalah speed boat. Wanita mengandung kalau boleh tak digalakkan naik speed boat ni, sebabnya amat berisiko pada kandungan. Speed boat ni bukannya smooth macam naik feri. Ada ketikanya akan melambung-lambung. Hanya yang pernah naik speed boat saja tau macam mana sakitnya punggung kena hentak dilambung ombak. 😏😏


KAWASAN PARKING KERETA
Kepada yang pertama kali nak ke Perhentian, mesti tertanya-tanya macam mana tempat parking kereta di jeti Kuala Besut ni kan?.. Kawasan parking kereta di sini agak terhad. Boleh parking di petak parking di deretan bangunan atau tapak khas yang disediakan untuk pengunjung yang nak ke Pulau Perhentian. Kebiasaannya bila masuk saja di kawasan jeti akan ada orang perseorangan menaiki motor yang terdiri dari penduduk tempatan datang menawarkan parking di kawasan  mereka. Kadar sewa antara RM10.00 - RM15.00 sehari bergantung kepada pengusaha parking.

  
👆Yang ni adalah tapak parking di belakang Samudera Hotel. Kepada yang nak ke Pulau Perhentian nanti, boleh juga parking di sekitar kawasan ini. RM10.00 sahaja sehari.

 
Yang ni juga merupakan salah satu tapak parking kereta berbayar berdekatan kawasan jeti.

TEMPAT PENGINAPAN
Kami tiba di Pulau Perhentian Kecil dalam pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah, kami boleh terus check in bilik walaupun check in time sepatutnya pukul 3 pm. Tempat penginapan Che Mie booking sendiri direct dengan Cocohut Long Beach Resort.

 Ini lah Cocohut Long Beach Resort, tempat penginapan kami.



Ada 3 pilihan bilik iaitu Super Deluxe Chalet, Deluxe Chalet dan Standard Room.

Untuk tempahan bilik, pelancong perlu membayar 50% deposit terlebih dulu, selebihnya bayar semasa check in nanti.

Penginapan 2 pax untuk 3H2M = RM600.00 (super deluxe room) + RM140.00 (return boat). Yang ni rate Che Mie dapat musim cuti sekolah, ratenya tinggi sikit berbanding normal season.

Untuk makluman, pelancong boleh pilih pakej:

fullboard (bilik + transfer boat + snorkeling + breakfast + lunch & dinner/BBQ), ataupun

❤Free & easy (bilik + transfer boat + breakfast).
   
Che Mie pilih free & easy sebab tak nak terikat dengan jadual yang disediakan oleh pihak ajen/resort. Kami bebas untuk kemana saja. Lunch & dinner kami cari sendiri di gerai-gerai makan yang berdekatan dengan destinasi persinggahan kami.

Cocohut Long Beach Resort ni baru saja dibuka pada September 2017. Lokasinya agak jauh dari pantai. Kena hiking sikit ke atas tetapi mempunyai view yang cantik, boleh nampak pemandangan laut sebab kedudukannya ditempat agak tinggi.

  👆Laluan untuk ke Cocohut Long Beach Resort, kena berjalan kaki mendaki bukit sikit lebih kurang 5 minit dari pantai.

 👆Main entrance ke resort.

Sekiranya ada yang berminat untuk menginap di Cocohut Long Beach Resort boleh direct call ditalian 09-6974982 atau online booking melalui Agoda / Booking.com / Trivago ataupun melalui agensi pelancongan. Untuk maklumat lanjut mengenai Cocohut Long Beach Resort boleh layari di COCOHUT LONG BEACH RESORT

 Menu sarapan pagi Che Mie😋😋

 Restoran Cocohut Long Beach Resort

 Breakfast time

Menu sarapan yang disediakan oleh pihak resort tak lah banyak sangat tapi boleh lah sekadar alas perut. Walaubagaimana pun, suasana sekitar resort adalah yang paling selesa dan luas compare dengan resort-resort lain di sekitar long beach.

LOKASI MENARIK DI PULAU PERHENTIAN KECIL
Di Pulau Perhentian Kecil ni terdapat 3 kawasan utama tumpuan pelancong iaitu di Long Beach, Coral Bay dan Kg. Nelayan.

LONG BEACH
Long Beach merupakan kawasan paling menjadi tumpuan pelancong kerana pantainya yang panjang dan pasir putih halus yang bersih sesuai untuk aktiviti riadah, mandi-manda, sukan air dan cuci mata. Mat & minah saleh paling suka berjemur dan bersantai di sini.

Di bawah ni, Che Mie share kan beberapa gambar di sekitar long beach sebagai gambaran kepada yang berhajat nak ke Pulau Perhentian Kecil nanti. Nampak macam crowded kann.



 
Suasana malam di long beach, meriah dan bising sikit berbanding kawasan tumpuan pelancong yang lain. Sebelah malam pula ada pertunjukkan api dan semuanya tertumpu di sini sambil santai-santai tengok perlawanan world cup melalui skrin besar yang disediakan😄. World cup tahun 2018 tauuu.



Makan malam di long beach, masa ni dalam pukul 7pm.


KINCIR ANGIN 
Aktiviti pada hari pertama kami sebaik tiba di sana ialah ke kincir angin iaitu salah satu tempat yang agak menarik dan cantik untuk dilawati. Kami kesana berjalan kaki mendaki bukit lebih kurang 1 km ++ yang mengambil masa 30 ke 45 minit untuk sampai ke kawasan kincir angin. 


👆Permulaan laluan ke kincir angin yang berbatu-batu dan agak curam. Amat sesuai untuk aktiviti jungle trekking.

👆Tu dia Che Mal, haha!!!, nampak tu hanya berselipar jepun je. Kepada yang berhajat nak hiking ke kincir angin nanti, Che Mie sarankan pakai sport shoes atau kasut yang sesuai. Tapi yang jenis tak kisah macam kami ni, selipar pun jadi😃😃

👆👆Yang ni adalah di pertengahan laluan untuk ke kincir angin. Hati-hati banyak biawak di sini. Kami difahamkan kebanyakkan pulau di perairan Terengganu ni memang banyak biawak. Kepada wanita-wanita jangan jalan seorang diri sebabnya laluan ke wind mill ni agak sunyi, macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Bukan sekadar biawak mungkin buaya pun ada dalam semak-samun tuu.. Kalau boleh jalan dalam group yang ramai adalah lebih selamat.

Kincir angin ni merupakan stesen jana kuasa hybrid yang membekalkan elektrik di Pulau Perhentian.

Dengan adanya stesen jana kuasa hybrid ni, seluruh Pulau Perhentian sekarang dah dapat menerima bekalan elektrik 24 jam.

👆Kincir angin.
Ada 2 saja kincir angin disini.


 Sistem solar

Kemudian kami berjalan mengelilingi pagar kincir angin menuju ke lokasi pemandangan laut pula. Cantik sangat view di sini. Tempat ni memang wajib pergi.




Nice view.
Perjalanan kami setakat di bumbung merah tu saja. Tak boleh turun ke bawah lagi sebab banyak tangga yang dah rompong / rosak. 

ROMANTIC BEACH
Aktiviti pertama kami pada hari kedua adalah mandi-manda di Romantic Beach. Kami set aktiviti ni sebelah pagi selepas sarapan, konon-kononnya tak nak kena panas tengahari. Tak lama pun kami dapat mandi di sini, dalam setengah jam adalah kot. Ombak makin lama makin kuat, air laut pun makin lama makin dalam. Tak berani nak ambil risiko + tak ada life jacket. Romantic Beach ni mempunyai pantai yang berbatu-batu besar dan pemandangan yang cantik serta air laut yang hijau. Orang kata pantai yang berbatu-batu ni biasanya mempunyai air yang dalam. Kalau nak mandi kena cari tempat yang landai sedikit. 

Romantic Beach ni tempat paling sesuai kalau nak tengok sunset sebab pantai ni terletak di sebelah barat pulau dan paling sesuai juga kepada kaki selfie😀😀
💓

Romantic Beach



Untuk ke Romantic Beach ni, kami hanya berjalan kaki lebih kurang 10 - 15 minit dari Cocohut Long Beach Resort.

Pada pendapat peribadi Che Mie lebih selesa mandi di Romantic Beach berbanding di long beach, sebabnya di Romantic Beach ni lebih aman, pemandangan lautnya cantik, air lautnya jernih dan hijau, tak ramai orang dan tak ada bot-bot yang berlabuh, kalau ada bot yang lalu pun jauh di tengah laut sanun. Di sini lebih selesa dan privacy... sukahati nak mandi macam mana, nak kuak lentang pun boleh, nak kuak kupu-kupu, nak tertonggeng terbalik macam mana pun boleh. Tapi awas di Romantic Beach ni air lautnya agak dalam dan ganas sikit serta banyak kulit siput  / kerang, so kena berhati-hati.

  👆Laluan ke Romantic Beach dari belakang Cocohut Long Beach Resort.

Laluan tak berturap ke Romantic Beach dan merupakan kawasan yang paling banyak biawak. Biawak ni kalau terserempak dengan kita, dia akan cepat-cepat lari masuk hutan. Sangat sunyi laluan ni, masa kami lalu disini tak berselisih dengan sesiapa pun, mungkin waktu pagi-pagi ni orang masih berselimut lagi 😊😊. Kami aje yang tak tau duduk diam, semua pelusuk nak redah.. 

KG. NELAYAN 
Dari Romantic Beach kami balik semula ke resort tukar baju yang dah basah lencun tadi.

Kemudian kami sewa bot ke Kg. Nelayan pula. Sebelum tu, kami survey dulu dari satu booth ke satu booth untuk dapatkan tambang bot yang  paling murah. Akhirnya setelah puas berjalan survey, kami dapat tambang RM10.00 seorang untuk ke Kg. Nelayan. Ni harga untuk seorang tauu,  bukan satu bot. Kalau ada 3 orang, maka RM30.00 lah jawabnya😊. Sebelum tu, ada pengusaha bot yang menawarkan RM15.00 seorang. Disini kalau nak kemana-mana kena rajin bertanya.

Untuk ke Kg Nelayan ada  dua cara iaitu boleh naik bot dan boleh juga merentas hutan. Pada mulanya kami cadang nak rentas hutan tapi dinasihatkan oleh pekerja-pekerja resort di situ better naik bot sebab jalan hutan bahaya buat masa ni, ada jalan runtuh katanya.

Kg. Nelayan ni merupakan sebuah pekan kecil di Pulau Perhentian. Di sini terletaknya sekolah, masjid, balai polis, rumah-rumah kediaman, kedai-kedai, klinik desa, restoran dan facility lain.



 

 Perkampungan penduduk tempatan

Kami makan tengahari di Medan Selera Pulau Perhentian Kecil. Banyak kedai yang masih tutup sebab hari raya. Harga makanan disini lebih murah berbanding tempat makan di kawasan lain. Air buah di sini harganya RM5.00 segelas berbanding tempat lain RM7.00 ke RM10.00 segelas.

 Medan selera Kg. Nelayan di Pulau Perhentian Kecil


 Masjid Ar-Rahman

 Membuai sekejap setelah penat berjalan. Dibelakang Che Mie tu ialah Pulau Perhentian Besar.

👆Tempat bot-bot nelayan berlabuh

Disini juga terdapat banyak tempat penginapan yang lebih murah harganya kerana diselia oleh penduduk kampung sendiri. Tempat makan pun banyak. Harga makanan pun jauh lebih murah dan suasana malam yang lebih sunyi berbanding kawasan lain.

👆Salah satu resort yang terdapat di Kg. Nelayan. Tak pasti apa nama resort ni. Senang-senang boleh google.
 
CORAL BAY 
Dari Kg. Nelayan kami balik semula ke long beach dengan bot kecil (sama juga RM10.00 seorang) dan terus ke Coral Bay pula. Kami hanya berjalan kaki ke Coral Bay yang mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit . Kawasan ni lebih tenang pada waktu malam dan menjadi tumpuan yang ingin melihat sunset waktu senja.

Di sini juga terdapat banyak pilihan chalet dan resort seperti Shari La Resort, Maya, Ombak Dive Resort, Senja Bay, Fatimah Chalet dan banyak lagi.

Coral Bay
Coral Bay
 
👆 Laluan sebelah Tropicana Inn. 
Bagi yang menginap di Tropicana Inn, pantai yang terdekat bagi mereka ialah long beach. Mereka juga boleh ke Coral Bay kerana resort ni terletak ditengah-tengah laluan antara long beach dan Coral Bay.

👆Jalan masuk ke Coral Bay melalui Ombak Dive Resort.

  👆Salah satu view dari Shari La Resort.

 👆Dalam Shari La Resort.
Che Mie sempat snap landscape yang menarik ni semasa cari jalan keluar nak ke Romantic Beach.

Sebenarnya Coral Bay ni bersebelahan je dengan Romantic Beach. Dari Shari La Resort ni pun dah boleh ke Romantic Beach, tapi kena pandai cari jalan. Salah jalan boleh sesat dalam hutan woor!!!! 😆😆. Dari Romantic Beach kami balik ke resort ikut jalan belakang yang  banyak biawak tadi.

Inilah saja aktiviti kami di Pulau Perhentian ni, selebihnya kami banyak menghabiskan masa melepak di long beach. Biasanya kami lepak di long beach dari jam 6 petang untuk dinner dan santai-santai tepi pantai hingga malam.

PANDUAN TRAVEL KE PULAU PERHENTIAN
🔵Buat survey dan pilih senarai chalet / resort terlebih dahulu dan buat tempahan sendiri melalui Agoda / Trivago / Booking.com atau direct call chalet / resort pilihan.

🔵Ambil pakej penginapan + transfer boat untuk elak buang masa mencari tempat penginapan dan bot di sana nanti.

🔵Dua atau tiga hari sebelum bercuti call semula pihak resort. Confirm kan masa perlu berada di jeti (time bot berlepas) supaya yang datang dari jauh dapat rancang masa perjalanan mereka.

🔵Yang ni penting.. Call dan confirm semula dengan pihak resort tarikh dan bilik penginapan yang telah ditempah lebih-lebih lagi yang dah booking awal 3 atau 4 bulan lepas. Kadang-kadang kita kena pikir worst sikit. Simpan dulu semua invoice dan resit bayaran dan yang penting kena tau booking atas nama siapa. Tak dinafikan ada setengah resort yang pengurusannya cekap. Mereka akan call kita dan confirm kan semula tempahan yang telah dibuat.  Yang ni kita tak perlu risau sangat. Tapi ada juga resort yang sunyi sepi sampai ke sudah... Bila jadi macam ni, disarankan 2 atau 3 hari sebelum bercuti kita sendiri  perlu trigger pihak resort. Che Mie pernah terbaca satu blog, dimana pihak resort terlepas pandang untuk arrange bot buat trip percutian mereka. Team mereka terkandas di jeti, nasib baik dapat bot itu pun setelah berjam-jam menunggu. So, tak nak lah perkara macam ni terjadi pada kita. 

🔵Bila tiba di jeti Kuala Besut, apa yang perlu kita buat pertama sekali ialah cari ajen atau pejabat resort berkenaan yang terletak berhampiran di Kompleks Jeti Pelancongan. Settle kan dulu apa yang belum selesai. Dapatkan voucher bot dan penginapan dari mereka. Selepas tu nanti pihak ajen/resort akan bawa kita ke jeti dan tunjukkan bot yang patut kita naiki. Jangan sekali-kali terus naik bot sesuka hati😃😃😃 sebab setiap bot sudah ada penumpangnya dan lain-lain destinasi. Ada bot yang akan menuju ke jeti Coral Bay, ada yang nak ke Long Beach, ke Kg. Nelayan, ke Pulau Besar dan banyak lagi.

🔵Terdapat banyak chalet / resort di Pulau Perhentian yang menawarkan berbagai pakej dan aktiviti menarik. Kepada mereka yang bercadang nak ambil pakej free & easy, jangan risau mengenai tempat makan. Terdapat banyak gerai makan di sepanjang long beach, begitu juga di sekitar Coral Bay. Kalau yang menginap di Kg. Nelayan lagi lah tak perlu risau, ada Medan Selera dan gerai-gerai makan yang dibuka dari pagi hingga malam. Cuma perlu standby duit makan lebih sikit, sebabnya makanan di sini agak mahal.

Jom tengok senarai chalet / resort yang ada di Pulau Perhentian ni👇.
 Terbahagi kepada 2 pulau, iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Yang bercadang nak ke Pulau Perhentian tu boleh lah survey-survey dulu lokasi penginapan yang ada.

Pulau Perhentian ditutup kepada pelancong pada musim tengkujuh mulai Oktober hingga Februari setiap tahun.

Kepada yang bercuti sendiri-sendiri tu especially yang ambil pakej free & easy, Che Mie nasihatkan survey dulu sebelum nak buat apa-apa aktiviti seperti island tour dan snorkeling trip. Harga yang ditawarkan setiap agen memang berbeza- beza.


Dibawah ni, Che Mie share kan tambang teksi air dari long beach ke satu-satu tempat/resort supaya pembaca dapat gambaran dan boleh buat bajet di sana nanti.

 Kadar tambang teksi air dari long beach.


PENGANGKUTAN
Pengangkutan utama di sini ialah bot atau dikenali juga dengan panggilan teksi air oleh penduduk tempatan. Untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain biasanya dengan mengguna bot kecil / laju atau boleh juga merentas jalan hutan. Di sini tiada jalinan jalan raya.

Yang paling penting semua kena tau, di pulau ni tiada mesin ATM. Sila bawa duit belanja secukupnya.

PENUTUP
JOM MASUK PULAU. Sekali-sekala tu pergi lah bercuti ke pulau-pulau di sekitar perairan Terengganu. Selain Pulau Redang, Pulau Perhentian ni juga mempunyai pantai yang cantik, bersih, memiliki hidupan laut serta coral yang menarik dan amat sesuai kepada aktiviti snorkeling dan scuba diving. 

Aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian memang best!!! Boleh tengok penyu, finding nemo & dory, black tip shark dan yang paling best ialah keunikan coral dalam laut. Walaupun kami tak ambil pakej snorkeling tapi Che Mie yakin snorkeling di sini memang terbaikkk... 

Pulau Perhentian juga menjadi salah satu dive site yang digilai ramai. Antaranya ialah sugar wreck, Batu Nisan (sini boleh tengok ikan pari), Sea horse drift, Vietnamese Wreck (kapal karam), shark point, light house, tokong laut dan banyak lagi. Berkayak di sekeliling pulau memang boleh hilangkan stress. Memang sesuai untuk percutian seisi keluarga.

Semoga entry Che Mie kali ni dapat memberi sedikit info kepada pembaca yang bercadang untuk bercuti ke Pulau Perhentian.
Akhir Kata:
⛱ ⛴ SELAMAT BERCUTI


Tarikh blog ini ditulis : 22 Jun 2018






4 comments:

  1. Hi semua. Saya nak pergi Hatyai bulan 12 ni (6-9 Dec 2019) by bus. Ikut trip #AkuTravel agency. RM299/pax termasuk transport, hotel, tour guide & travel insurance. Kalau berminat nak tahu details itinerary blh contact sye 018-9581995(najwa) or najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete