Total Pageviews

Sunday 31 December 2023

LATIHAN TADABBUR SURAH MARIAM AYAT 96

 Latihan Tadabbur 

 إِنَّ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ سَیَجۡعَلُ لَهُمُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وُدࣰّا [Surah Maryam: 96]


1- Berapa Patah Perkataan?

12 patah perkataan

 

2- Terjemahan Setiap Perkataan

1- إِنَّ : Sesungguhnya

2- ٱلَّذِینَ : orang-orang yang

3- ءَامَنُوا۟ :  mereka telah beriman

4- وَ : dan

5- عَمِلُوا۟ : mereka telah beramal

6- ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ : soleh / kebajikan

7- سَ : akan

8- یَجۡعَلُ : dia jadikan

9- لَ : bagi

10- هُمُ : mereka

11- ٱلرَّحۡمَـٰنُ : maha pemurah

12- وُدࣰّا : kasih sayang


3- Berapa Jumlah?

1 jumlah


4- Terjemahan Mafhum

Sesungguhnya orang-orang yang telah beriman dan telah beramal soleh (berbuat kebajikan), akan dia (Allah) yang maha pemurah jadikan hati mereka rasa kasih sayang.


5- Jumlah Apa?

Jumlah Ismiyyah (LB)


6- Kesimpulan Jumlah

Cari subjek & prediket

 

7- Iqrob

مبني/  حرف توكيد  -  إِنَّ 7.1

ٱلَّذِینَ : اسم موصول/ مبني/ باريس اتس/ اسم إِنَّ 7.2

ءَامَنُوا۟ : فعل ماضي/ مبني/ وا / هم / ٱلَّذِینَ  7.3

وَ : حرف عطف/ مبني 7.4

عَمِلُوا۟ : فعل ماضي/ مبني/ وا / هم / ٱلَّذِینَ 7.5

ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ : باريس اتس/ مفعول 7.6

سَ : حرف مستقبل/ مبني 7.7

یَجۡعَلُ : فعل مضارع/ باريس دفن 7.8.  

 نصب/ ✓ / صحيح/ هو/ ...ي/ الله x جزم x

7.9 لَ : حرف جر/ مبني

7.10 هُمُ : ضمير/ مبني/ باريس باوه/ مجرور/ ٱلَّذِینَ

7.11 ٱلرَّحۡمَـٰنُ : باريس دفن/ فاعل

7.12 وُدࣰّا : باريس اتس/ مفعول ثاني

Highlight

- maqtuf : عَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ

- silah mausul : ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ

- isim inna :  ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ

- khobar inna : سَیَجۡعَلُ لَهُمُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وُدࣰّا


8- Jawapan Kesimpulan

subjek: إِنَّ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ

prediket: سَیَجۡعَلُ لَهُمُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وُدࣰّا

Pecahan Prediket

Feel: یَجۡعَلُ

Fail: ٱلرَّحۡمَـٰنُ / اللّٰه

Maful: لَهُمُ

Maful thani: وُدࣰّا


 9- Waqaf dan Ibtidak

- 1 jumlah 1 nafas.

- jika waqaf di tengah wajib ulang.

- ulang dari makna yang sempurna (dari إِنَّ atau  سَیَجۡعَلُ atau  ٱلرَّحۡمَـٰنُ).


Sekian😊

SENARAI PERBELANJAAN KETIKA MENGERJAKAN HAJI

SENARAI PERBELANJAAN KETIKA MENGERJAKAN HAJI

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramai diantara bakal- bakal jemaah haji yang tertanya-tanya apakah bentuk-bentuk perbelanjaan ketika haji dan berapa banyak duit yang perlu dibawa.

Berikut saya kongsikan senarai perbelanjaan di tanah suci ketika mengerjakan haji berdasarkan pengalaman diri saya sendiri ketika mengerjakan haji 2022.

🔵DAM

Bayaran dam untuk haji tamatuk anggaran SR500 ke SR600 (kos bergantung pada kadar tahun semasa). Saya bayar dam haji tamattuk melalui Thijari sebelum berangkat ke tanah suci. Masa tahun 2022 kadar dam RM500 (SR590).

Larangan-larangan ihram lain sekiranya berlaku. Contohnya, dam untuk keguguran rambut dan yang berkaitan dengan kecantikan atau pakaian adalah SR60.

🔵SARAPAN PAGI 

Pihak Tabung Haji tidak menyediakan sarapan pagi. Kos sarapan adalah dibawah tanggungan jemaah haji sendiri. Anggaran sarapan pagi sehari untuk 2 orang lebih kurang SR20 - SR30. 

(Ini berdasarkan perbelanjaan saya dengan suami tempoh hari ketika mengerjakan haji pada tahun 2022).

Jika bersarapan atau makan di restoran, KFC, Al Baik, food court dan lain-lain, kosnya sekitar SR40 ke SR50 sehari. 

Secara kasarnya, kos sarapan pagi dan makan selama 45 hari untuk 2 orang dalam anggaran SR1,000 - SR1,500.

🔵UMRAH SUNAT

Sekiranya jemaah haji berhajat mengerjakan umrah sunat, perlu guna duit sendiri untuk tambang teksi ke tanah halal.

Tanah halal yang terdekat dari Masjidilharam adalah di Tanaim (Masjid Ayesha). Tambangnya sekitar SR50 ke SR70 untuk dua hala (return). Kos tambang teksi boleh mencecah sehingga SR100 pada waktu kemuncak haji.

🔵PERBELANJAAN LUAR JANGKA

Standby juga perbelanjaan untuk kecemasan. Mungkin jemaah haji perlu mengupah orang tolak wheel chair atau sewa skuter untuk tawaf dan saie kerana uzur.

Upah untuk tolak wheel chair dalam lingkungan SR150 hingga SR300 seorang. Harga bergantung pada individu yang ambil upah dan waktu. Jika waktu kemuncak haji harga yang sepatutnya SR150 boleh menjadi SR300.

🔵SEDEKAH

Anggaran sedekah bergantung pada individu. Yang mampu boleh adakan program sabil.

🔵MEMBELI BELAH

Shopping ni walau tak banyak, kena juga beli sedikit sebagai buah tangan dari Madinah dan Makkah tanda ingatan untuk orang tersayang di Malaysia. Anggaran SR1,000 - SR3,000 dan mungkin boleh lebih lagi bergantung pada perbelanjaan individu itu sendiri. Bak kata pepatah: "besar periuk, besarlah keraknya".

🔵POSTAGE

Untuk makluman setiap bagasi diperuntukkan tidak melebihi 30 kg. Yang mana membeli belah banyak-banyak sudah tentu kena pos barang-barang yang dibeli. Kos pos barang ke Malaysia anggaran SR150 - SR400. Sekilo SR18 (harga tahun 2022).

🔵PERBELANJAAN KEPERLUAN PERIBADI

Perbelanjaan untuk beli keperluan peribadi seperti baldi, sabun basuh, ubat gigi, sabun mandi, panty liner, maggie cup, ais krim, air laban bagai, kosnya sekitar SR200  - SR400  bergantung pada perbelanjaan individu itu sendiri.

🔵PLAN INTERNET

Beli plan / reload internet telefon anggaran SR200 untuk 47 hari.

🔵CHECK IN HOTEL (optional)

Check in hotel buat pasangan suami isteri. Semalam dalam anggaran SAR200 - SAR500 bergantung pada taraf bintang hotel tersebut.

🔵BILIK BERKAT (optional)

Pihak Tabung Haji juga ada menyediakan Bilik Berkat di setiap bangunan penginapan dengan bayaran SAR50 untuk 2 jam.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

👆Ini adalah bentuk-bentuk perbelanjaan di tanah suci berdasarkan kepada pengalaman saya.

Pendek kata, seorang jemaah haji atau pasangan suami isteri perlu sediakan duit belanja sekitar RM5,000 ke RM10,000.

Pastikan duit belanja dimasukkan siap-siap kedalam akaun Bank Islam.

Pastikan setiap jemaah haji atau salah seorang dari suami atau isteri mempunyai kad debit-i dari Bank Islam. Supaya nanti boleh withdraw melalui Bank Ar Rajhi atau mana-mana mesin ATM di Arab Saudi.

Adalah penting aktifkan kad debit kepada penggunaan oversea sebelum berangkat ke tanah suci.

Sekian, semoga bermanfaat kepada bakal-bakal haji.


Thursday 17 November 2022

TIPS PERGI HAJI AWAL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dah lama daftar haji tapi tak panggil-panggil lagi. Ramai yang susah hati terhadap tahun giliran yang mereka dapat. Mana taknya, yang mendaftar dengan Tabung Haji sekarang gilirannya 100+ tahun lagi.

Sekarang ni dah ramai yang ada kesedaran mengenai daftar haji. Ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak mereka semasa kanak-kanak lagi, malahan ada juga seawal bayi. Inilah salah satu punca dan faktor yang menyebabkan giliran haji mencecah puluhan/ratusan tahun lagi.

Zaman dah berubah. Tahap pendidikan, teknologi dan pemikiran pun dah jauh ke depan. Kalau dulu di era 80/90an tak ramai yang mendaftar haji. Mungkin faktor ekonomi serta taraf hidup/pendidikan pada masa tu yang menyebabkan ramai yang tidak berkemampuan pergi haji dan mereka merasakan tiada keperluan untuk mendaftar haji awal. Bila tiba masa nak pergi haji, baru mereka mendaftar haji. Tahun ni mendaftar, tahun depan dah boleh pergi haji. Kalau bernasib baik tahun yang sama boleh dapat tawaran haji. Tapi tu dulu, sekarang tak lagi.

Sebenarnya, sekarang ada beberapa tips boleh pergi haji awal.

🕋PERTAMA, bagi yang telah mendaftar haji 5 tahun keatas boleh cuba cara ni. Caranya, ialah dengan membuat permohonan haji melalui travel agent iaitu syarikat pengelola haji swasta yang diiktiraf oleh Tabung Haji seperti Tabung Haji Travel, Andalusia, Rayhar dan banyak lagi. Cost haji sekitar RM40,000 hingga RM100,000 seorang. Caranya, pertama sekali, daftar nama dan buat permohonan haji dengan syarikat pengelola haji swasta yang menawarkan pakej mengikut bajet kita. Kemudian buat rayuan haji dengan Tabung Haji apabila tarikh rayuan dibuka. Dalam masa yang sama pihak pengelola haji tadi akan follow up dengan Tabung Haji. Tetapi pemilihan masih lagi bergantung pada sistem auto Tabung Haji. Jika diizinkan Allah, kita akan menjadi tetamunya pada tahun tersebut. Jika tidak terpilih, maka berlapang dadalah dengan ketentuan Allah. Kebiasaannya, tawaran haji melalui pakej ni akan keluar disaat-saat akhir 3-2 minggu lagi nak wukuf. Oleh itu,  para bakal haji yang memohon melalui pakej, perlu bersiap sedia dengan kelengkapan haji masing-masing supaya tidak kelam kabut apabila dapat tawaran disaat-saat akhir.

🕋KEDUA, jika nak cepat lagi, boleh cuba memohon haji melalui visa Furada/Mujamalah. Dimana, permohonan haji boleh dibuat terus melalui travel agent. Cost sekitar RM50,000 ke RM100,000++ seorang. Haji Furada/Mujamalah ni tak perlu buat rayuan dengan Tabung Haji dan tak perlu tunggu giliran. Segala urusan haji seperti urusan visa, penerbangan, penginapan, makan dan lain-lain adalah dibawah tanggung jawab agent. Untuk mendapatkan visa furada ni adalah hak mutlak Kerajaan Arab Saudi dan bukannya dalam kuota rasmi yang diberi pada setiap negara. Biasanya visa Furada ni dikeluarkan kepada para kenamaan negara dan VVIP yang dijemput oleh Kerajaan Arab Saudi. Walau bagaimana pun ianya juga dibuka kepada orang ramai dengan jumlah yang terhad. Atas faktor jumlah yang terhad ni, telah menyebabkan visa haji tidak dapat dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi disaat-saat akhir dan hampir setiap tahun ada bakal jemaah haji yang terkandas di airport. Begitu juga berhati-hati dalam memilih agent supaya kita tidak tertipu oleh pihak-pihak yang mencari keuntungan dengan jalan yang mudah. Perlu diingatkan semua urusan haji melalui visa Furada/ Mujamalah adalah diluar pemantauan Tabung Haji. Pastikan visa yang kita dapat dari travel agent adalah visa haji BUKANNYA visa pelancong.

Bagi yang mengerjakan haji dengan menggunakan visa pelancong, hati kena kental. Jika bernasib baik dapatlah menyusup masuk ke Arafah dan menyempurnakan manasik haji. Jika tidak, tiada lah haji. Sebab haji itu adalah wukuf di Arafah. Jika diperhatikan sepanjang perjalanan dari Mekah ke Arafah, akan ada askar atau polis yang menunggu di tepi-tepi jalan. Saya pernah perhatikan situasi begini ketika mengerjakan haji pada tahun 2022. Mereka akan tahan rombongan atau orang perseorangan yang berjalan kaki atau kenderaan yang mencurigakan. Malahan bas-bas yang membawa jemaah haji juga akan berhenti di setiap check point untuk pemeriksaan. Tujuannya agar tiada jemaah yang masuk ke Arafah tanpa permit haji.

Ok, berbalik kepada tips mengerjakan haji awal, dua cara diatas🖕adalah bagi yang mampu dari segi kewangan. Tapi bagi yang tidak berkemampuan untuk pergi haji dengan pakej swasta, masih berpeluang lagi pergi haji awal melalui Tabung Haji (Muassasah). Caranya:

🕋 PERTAMA, buat rayuan haji setiap tahun. Sekarang dah mudah, boleh buat rayuan melalui applikasi Thijari. Tak perlu lagi menunggu lama di kaunter. InshaAllah, Allah maha melihat kesungguhan hamba-hambanya. Kumpul duit dan hadir ke kursus asas haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji. Bila tiba masanya, InshaAllah kita akan dijemput oleh Allah sebagai tetamunya. Setiap tahun hampir separuh jemaah haji terpilih menolak tawaran. Jadi kekosongan tersebut akan diisi oleh para rayuan.

🕋KEDUA, ramai yang dah pergi haji awal asbab menjadi mahram kepada isteri atau adik beradik perempuan, isteri ikut suami dan menjadi pengiring kepada ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur. Jadi, jika ada ahli keluarga kita dalam kategori diatas, peluang untuk pergi haji awal adalah tinggi. Kebiasaannya rayuan mahram kepada wanita 45 tahun kebawah akan diberi keutamaan. Kemudian diikuti rayuan suami menjadi mahram kepada isteri terpilih dan rayuan isteri ikut suami yang terpilih. Tiga kategori rayuan diatas biasanya akan mendapat keutamaan. Dan yang keempat pengiring kepada bakal haji yang kurang upaya atau lanjut usia juga akan diberi keutamaan. 

🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋

Apa-apa pun banyakkan berdoa agar Allah menjemput kita dan semua umat Islam menjadi tetamunya. Minta pada Allah. Berlapang dadalah jika kita tidak ditawarkan haji pada tahun ini. Jangan kita pertikaikan dan bandingkan diri kita dengan orang yang terpilih. Allah menjemput untuk menjadi tetamunya tidak kira usia, kaya atau miskin. Bersangka baiklah dengan Allah. Tabung Haji adalah pengantara yang menguruskan haji kita tapi yang memilih untuk menjadi Tetamunya adalah Allah.

Oleh itu, mengadu dan mintalah pada Allah. Sentiasa doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik, fikir yang baik-baik, InshaAllah kita akan dapat yang baik-baik.

Ingat, Haji tu bukan hanya untuk orang-orang tua. Ramai juga yang masih berfikiran "alah, muda lagi, nantilah esok dah tua sikit baru pergi haji". Tolong buang persepsi negatif macam ni. Menjadi kewajipan setiap orang Islam mencari dan berusaha menyempurnakan rukun Islam yang ke Lima. Cuba cari peluang dan usaha pergi haji diawal usia bagi yang mampu. Jangan jadikan kos haji yang tinggi dan giliran lambat sebagai alasan untuk tidak pergi haji. Walaupun giliran masih lambat lagi, tapi kita masih diberi peluang untuk buat rayuan. Jika rumah dan kereta beratus-ratus ribu kita boleh beli dan mampu bayar setiap bulan tapi kenapa tidak untuk haji yang cuma RM12K / RM19K / RM33K.

Usaha cari ilmu berkaitan ibadat haji. Cuba hadir ke kursus asas haji setiap tahun, seolah-olah kita akan menjadi tetamuNya tidak lama lagi. Usaha kumpul duit dan buat rayuan setiap tahun dengan lafaz:  

بِسْمِ اللَّهِ تَوَ كَّلْتُ عَلَي اللَّهِ وَلاَحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

"Bismillahi tawakkaltu a'lAllah, wala haula wala quwwata illa billah"

Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah

Sekian, semoga bermanfaat kepada bakal-bakal Dhuyufurrahman semua.



 

Saturday 26 June 2021

PERJALANAN HAJI KU YANG TERTANGGUH

Assalamualaikum kepada semua yang mengikuti blog Che Mie😊😊.

Entry kali ni Che Mie nak cerita mengenai haji Che Mie yang 3 tahun tertangguh 😭. Sebelum ni Che Mie leka dan tak ambil berat pun pasal haji. 

Ceritanya, selepas Che Mie mendaftar haji pada April 2008, Che Mie langsung tak buat semakan tahun giliran haji. Tak pernah terfikir nak buat rayuan supaya dapat pergi haji awal. Bila orang tanya bila boleh pergi haji?, laju je mulut ni cakap 2021 😅, macam tertera kat slip pendaftaran haji tu. Dalam otak ni dah set Che Mie nak pergi haji 2021. 

Che Mie dan suami merancang akan mula buat persiapan haji pada tahun 2019. Kami berdua bercadang akan hadir ke Kursus Asas Haji pada hujung tahun 2019 dan tahun 2020 supaya kami betul-betul faham perlaksanaannya sebelum berangkat ke tanah suci pada 2021. Tapi sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah.

2019

Nak dijadikan cerita, pada pertengahan Januari 2019 sampailah satu surat tebal berlogokan Tabung Haji ke rumah. Excited sangat nak baca sebab sebelum ni tak pernah dapat surat dari Tabung Haji, tebal pulak tu tapi masa tu Che Mie ingatkan surat biasa-biasa je. Memang dah tune dalam otak ni giliran haji Che Mie 2021 dan tak mungkin tu surat tawaran haji. Masa tahun 2019 ni, semua surat-menyurat berkaitan tawaran haji masih lagi dipos ke rumah-rumah. Penggunaan applikasi Thijari masa tu belum meluas lagi. Semua urusan haji perlu dibuat di kaunter.

Allahuakbar...sedih, gembira, terharu semuanya ada,  mana taknya dapat surat cinta untuk menjadi tetamu Allah. Berkali-kali Che Mie baca. Seronoknya hanya Allah je yang tahu. Masa tu barulah terpikir macam mana boleh dua tahun awal, bukan ke sepatutnya  2021.

Masa tu blur kejap, ilmu tentang haji langsung takde. Senang kata tiada persediaan langsung untuk pergi mengerjakan haji pada tahun 2019. Kursus haji pun tak pergi lagi. 

Setelah tanya pendapat suami, mak dan ayah, maka Che Mie pun buat keputusan menangguhkan haji pada tahun 2020.

Bermula hari tu, maka start lah episod Che Mie buat persediaan haji. Top up semula simpanan dalam akaun Tabung Haji. Mula beli pakaian dan keperluan haji sikit-sikit😅😅. Masa ni Che Mie dah mula ikuti perkembangan Tabung Haji. Banyak cari bahan bacaan mengenai haji dan bertanya pengalaman orang-orang yang pernah mengerjakan haji. Che Mie banyak bertanya dan rujuk dengan mak Che Mie mengenai perlaksanaan haji. Seronak dengar mak Che Mie bercerita tentang pengalamannya di Madinah dan Mekah ketika mengerjakan haji pada tahun 2018. Ada cerita sedih dan ada cerita lucu yang boleh dijadikan iktibar. Cerita yang betul-betul beri kesan pada Che Mie ialah kejadian ribut pasir ketika di Arafah. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, maka pada Disember 2019 Che Mie dan suami hadir ke Kursus Asas Haji sebanyak 13 siri di Masjid Amaniah Batu Caves.

2020

Alhamdulillah,  dalam bulan Februari 2020, Che Mie terima sekali lagi surat Tawaran Haji untuk tahun 2020/1441H, tapi kali ni tawaran diterima melalui applikasi Thijari. Che Mie juga uruskan surat rayuan untuk suami sebagai mahram. Masa tu kami berdua dah bersedia untuk mengerjakan haji.

Tak lama tu, dapat Buku Rekod Rawatan dan temujanji pemeriksaan kesihatan pada 28 Mac 2020. Kursus Asas Haji kami pun berakhir seminggu lagi nak PKP 1😂😂. Maka bermulalah episod tertangguh lagi haji Che Mie dan suami.

Walaupun pendemik melanda di seluruh dunia tapi Che Mie dan suami masih lagi berharap ada keajaiban untuk ke tanah suci pada tahun tu. Sentiasa menanti kabar gembira dari Tabung Haji. Akhirnya, kami redha dengan keputusan Kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan haji untuk jemaah dari luar pada tahun 2020.

2021

Pada awal tahun 2021, Che Mie terima surat jemputan Kursus Asas Haji. Kali ni disebabkan covid, kursus asas haji dibuat secara atas talian. Masa tu permohonan rayuan haji juga telah dibuka. Tawaran haji suami Che Mie sebelum ni dikira batal. Suami Che Mie kena buat rayuan semula untuk tahun 2021.

Pada 02 Mei 2021, Che Mie telah dipanggil oleh Tabung Haji untuk ambil suntikan meningococcal. Perkara pertama yang berlegar dalam kepala ni...   kenapa kena ambil suntikan?, meningococcal pulak tu. Dah confirm ke ada haji tahun ni? Kemudian pada 20 Mei pula dipanggil lagi untuk suntikan 1st dose pfizer dan pada 10 Jun untuk 2nd dose 😀. Ini adalah langkah awal Kerajaan Malaysia (Tabung Haji) sementara menanti keputusan dari Arab Saudi. Semuanya telah diatur oleh Tabung Haji. Semua bakal jemaah haji yang tertangguh pada tahun 2020 diminta standby untuk haji 2021. Tapi masa ni Che Mie susah hati sangat sebab nama Che Mie seorang saja yang dapat temujanji untuk ambil vaksin sedangkan Che Mie berhasrat nak pergi haji bersama suami. 

Masa tu duk pikir jika ditakdirkan ada haji tahun 2021, macam mana dengan status rayuan suami. Sempat ke suami nak ambil vaksin dengan gap 21 hari setiap dose. Masa ni belum dapat apa-apa surat rasmi  tawaran haji lagi tapi sentiasa bersedia😂. Setiap hari suami semak di MySejahtera kot-kot dapat tarikh temujanji dalam masa terdekat.

Apa yang Che Mie buat, Che Mie  berjumpa dengan Doktor yang in charge di PPV. Che Mie mohon slot untuk suami sekali atas alasan haji, suami berkemungkinan akan menjadi mahram kepada Che Mie. Nampak macam tak sabarkan,😂tapi sebenarnya ni adalah salah satu persediaan awal kami sementara menanti surat tawaran keluar. Rezeki suami pada hari tu dapat juga ambil vaksin bersama. Che Mie nak sangat pergi haji berdua dengan suami, walaupun belum tentu ada haji tahun 2021.

Pada 12 Jun 2021, maka dengan rasminya pihak Tabung Haji nengumumkan tiada haji pada tahun 2021. Maka terjawab lah segala persoalan. Che Mie redha, kita merancang dan Allah pun merancang dan perancangan Allah itu adalah terbaik.

2022

Bulan Januari, Februari dan Mac berlalu tanpa sebarang berita dari Tabung Haji mengenai haji 2022. Bulan haji semakin hampir tapi masih tiada jawapan dari Kerajaan Arab Saudi. Dah masuk bulan Ramadhan tapi kuota haji untuk tahun 2022 belum diumumkan lagi. Hati Che Mie berat mengatakan tak ada haji tahun ni. Che Mie dan suami dah boleh terima kenyataan. Hati kami pun dah tak kearah nak mengerjakan haji. Hati lebih kepada nak pergi bercuti. Sebelum Ramadhan kami dah booking penginapan di Pulau Redang untuk bercuti selepas raya nanti. Tak ada langsung persediaan untuk haji tahun ni seperti tahun-tahun yang lepas.

Alhamdulillah, tak sangka kita merancang dan Allah pun merancang😭😭. Pagi 25 April, seminggu lagi nak raya Che Mie dimaklumkan oleh THCC terpilih mengerjakan haji pada tahun ni. Lepas letak handphone Che Mie menangis. Sorok-sorok menangis,  segan kat kawan-kawan office nampak nanti. Buat-buat pergi toilet tapi sebenarnya nak sambung menangis lagi. Maunya tak menangis, bila diberitahu akan menjadi tetamu Allah. Dah tentu rasa sedih, gembira, gementar semuanya ada. 

Semua urusan haji perlu diselesaikan dalam masa 1 minggu. Che Mie salah seorang yang menerima tawaran pada batch pertama. Kepada bakal haji yang dapat tawaran 1st batch, diberi pemeriksaan kesihatan percuma di Klinik Kesihatan terpilih. Batch seterusnya, pemeriksaan kesihatan buat di klinik-klinik swasta terpilih oleh Tabung Haji atas pembiayaan sendiri.

Pemeriksaan kesihatan untuk haji 2022 sangat ketat. Atas faktor wabak covid, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kriteria umur dan tahap kesihatan yang tinggi kepada bakal haji. Umur tak boleh lebih 65. Ramai bakal haji yang menghidap sakit kronik dan mempunyai sejarah penyakit kronik sebelum ni gagal ujian kesihatan dan mereka semua ditangguhkan pemergian ke tanah suci. Even kencing manis tak boleh lebih dari 8 mmol/L. Ada yang dah sembuh dari cancer tapi still gagal ujian kesihatan disebabkan ada stent di dalam badan dan masih buat check up di hospital setiap 6 bulan. Semoga Kerajaan Arab Saudi tidak mengenakan lagi kriteria tahap kesihatan yang ketat kepada bakal-bakal haji pada tahun hadapan dan seterusnya. Begitu juga diberi kelonggaran pada kriteria umur.

Berbalik kepada topik persiapan haji Che Mie, mood nak raya masa tu dah ke laut. Orang sibuk buat persediaan raya tapi Che Mie sibuk buat persiapan haji. Sibuk buat pemeriksaan kesihatan, cari Ketua Kampung sebab nak dapatkan pengesahan sijil nikah, urusan dengan Bank Islam,  setengah hari di pejabat imegresen renew passport dan keluar masuk pejabat Tabung Haji atas urusan serahan surat tawaran, serahan dokumen sokongan dan sebagainya. 

Alhamdulillah, dalam masa seminggu Che Mie usaha sedaya upaya settle kan semua urusan haji. Cuba selesaikan dalam masa seminggu sebab minggu depan tu dah cuti panjang nak raya, dah tentu ramai yang bercuti dan banyak pejabat yang tutup. Lagi pun rayuan suami sebagai mahram melalui Thijari hanya boleh dibuat setelah Che Mie serahkan Buku Rekod Rawatan kepada Tabung Haji. Selagi tak serahkan Buku Rekod Rawatan masih dikira belum confirm. Che Mie kena uruskan cepat-cepat supaya suami dapat buat rayuan.

Part Che Mie dah selesai, hanya tinggal suami yang masih belum dapat tawaran lagi. Masa ni betul-betul susah hati. Sentiasa berdoa dengan penuh harapan suami dapat pergi haji sekali.

Hari berganti hari dilalui dengan debaran menanti keputusan rayuan suami. Tarikh penerbangan pertama (4 Jun) makin lama makin dekat tak sampai sebulan lagi tapi belum ada sebarang berita buat suami. 

21 Mei, Che Mie dijemput ke Kursus Perdana Haji di Masjid Negeri Shah Alam. Datang kursus sorang-sorang tanpa suami😭😭sebab suami belum dapat tawaran haji lagi. Kebetulan suami pulak sibuk masa tu, selalu outstation.

Walaupun ramai bakal haji wanita yang datang ke kursus berseorangan tapi hati Che Mie tetap rasa sedih sebab suami tak dapat bersama ke kursus perdana haji. Sedihnya Allah saja yang tahu. Sedih mengenangkan rayuan suami yang belum dapat jawapan.

Subhanallah, hari tu semasa semua peserta kursus haji sedang tunaikan solat zohor, entah macam mana hati Che Mie tergerak nak semak Thijari suami. Suami dari awal lagi dah beri keizinan untuk tolong tengok-tengokkan status rayuannya di Thijari dan buat apa yang patut. Terus Che Mie click button TERIMA TAWARAN bagi pihak suami. Sorok-sorok jugaklah muka ni supaya orang tak nampak yang Che Mie tengah menangis. Seronoknya tak boleh nak digambarkan hanya Allah saja yang tahu. Menangis sebab bersyukur sangat rayuan suami berjaya. Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa kami. Doa mak dan ayah yang tak pernah putus untuk anak dan menantunya. Terima kasih pada mak yang sudi dengar luahan hati dan kerisauan anaknya tentang rayuan suami yang belum terjawab lagi. 

Macam biasa, masa yang diberikan untuk menjawab tawaran hanya seminggu.

Walaupun suami pada minggu tu ada tugasan di Kuantan tapi dia diberi pelepasan untuk balik ke KL. 25hb Mei, pagi-pagi lagi kami dah terpacak kat pejabat Tabung Haji. Serahkan surat tawaran suami dan ambil Buku Rekod Rawatan.

Kemudian terus ke klinik untuk buat pemeriksaan kesihatan. Dekat sini kami dah risau sebab suami memang ada kencing manis. Bacaan gula suami masa tu 7.2. Selesai buat pemeriksaan kesihatan dan ECG, doktor terus bagi suntikan meningococcal kepada suami. Doktor cadangkan kami ambil juga suntikan influenza. Kesian juga kepada suami sebab dalam masa yang sama kena cucuk 2 kali. Risau sekiranya ada kesan sampingan. Selepas dah selesai semua, doktor kata suami kena ambil darah terlebih dulu untuk dihantar ke makmal. Esok datang ke klinik semula untuk ambil result dan Buku Rekod Rawatan. Masa ni kami dah mula rasa cuak sikit bila doktor kata balik rumah dulu dan datang semula esok selepas result keluar dari makmal. Sekali lagi berharap tidak ada apa-apa penyakit lain yang boleh menggagalkan tahap kesihatan suami untuk ke tanah suci.

Tengahari esoknya kami ke klinik semula. Alhamdulillah dari ujian darah tersebut semuanya normal, negative dan dalam range, kecuali diabetes lepasi border sikit. Gembiranya tak terkata masa tu. Dari klinik kami terus ke pejabat Tabung Haji serahkan Buku Rekod Rawatan dan passport suami. Alhamdulillah, semua urusan haji suami dapat diselesaikan dalam masa 2 hari. Esoknya suami ke Kuantan semula.

Pagi sebelum Che Mie dan suami ke klinik sebenarnya Che Mie dah dapat jadual penerbangan. Dijadualkan terbang pada 7 Jun (KT07). Terkebil-kebil jugak masa ni. Che Mie print siap-siap jadual penerbangan dan bawa ke Pejabat Tabung Haji. Che Mie mohon agar jadual penerbangan Che Mie diselaraskan semula supaya sama dengan suami.

Alhamdulillah, 31hb. Mei kami berdua terima jadual penerbangan. Dapat tarikh penerbangan pada 12hb Jun (KT16) ke Madinah dulu.

Alhamdulillah, semua urusan haji kami telah selesai. Hanya menanti hari untuk menjejakkan kaki di bumi Madinah dan Mekah.

Inilah perjalanan haji Che Mie dan suami.

Setelah tiga tahun tertangguh, akhirnya Che Mie dan suami dijemput menjadi tetamunya.

Haji 1443H / 2022

🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋

SEDIKIT NASIHAT DAN PENDAPAT KEPADA BAKAL DHUYUFURRAHMAN

Kepada yang telah mendaftar haji, rajin-rajinlah membuat semakan tahun giliran haji. Sebabnya tahun yang diperuntukkan boleh berubah awal 2 atau  3 tahun dari tahun giliran asal. Setidak-tidaknya boleh buat persiapan 1 atau 2 tahun sebelum berangkat ke tanah suci.

Sekarang semuanya dah mudah, ada aplikasi Thijari. Boleh buat semakan bila-bila masa saja.

Kepada yang belum mendaftar haji, mendaftarlah sekarang. Sekarang ni dah boleh mendaftar melalui Thijari, tak perlu lagi ke kaunter. 

Yang baru mendaftar, jangan terkejut bila lihat dalam sistem tahun giliran adalah 100 - 200 tahun lagi😂. Sebab apa? Sebabnya dah ramai yang ada kesedaran mengenai daftar haji.  Ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anaknya pada peringkat kanak-kanak malah yang masih baby lagi. Tapi jangan pening-pening kepala, tahun yang diperuntukkan tu hanyalah angka giliran pada sistem yang di set oleh manusia. Yang pasti Allah pun dah tentukan tahun giliran kita. Kita merancang dan Allah pun merancang.

Ramai di luar sana yang gilirannya masih jauh lagi tapi atas asbab usahanya membuat rayuan setiap tahun, dapat dia pergi haji awal. Ada juga yang dapat haji awal asbab jadi mahram/pengiring kepada ibu bapa dan adik beradik perempuan. Suami ikut isteri dan isteri ikut suami. Ada juga yang dapat pergi awal asbab ambil Pakej haji dengan pengelola haji swasta.

Untuk menjadi tetamu Allah ni bukan diukur dari awal atau lambatnya kita mendaftar tapi dengan izin dan kehendak dari Allah. Allah menjemput untuk menjadi tetamuNya tak kira usia. MashaAllah ada yang dapat tawaran dan pergi haji masih muda belasan tahun. Allah maha mengatur dan mengetahui urusan hambanya.

•Banyakkan berdoa,

•Kumpul duit untuk bayaran / tambang haji dan perbelanjaan ketika berada di tanah suci.

•Berusaha mempelajari ilmu haji.  Hadir ke Kursus Asas Haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji setiap tahun.

•Buat rayuan haji setiap tahun. Ramai yang telah pergi haji awal atas tiket rayuan jika nak dibandingkan giliran yang masih berpuluh tahun.

PERBELANJAAN DI MADINAH & MEKAH

🔴DAM.

•Bayaran dam untuk haji tamatuk (SAR500 ke SAR600). 

•Larangan-larangan ihram lain sekiranya berlaku. Contohnya, dam untuk keguguran rambut dan yang berkaitan dengan kecantikan dan pakaian adalah SAR60.

🔴SARAPAN / MAKAN / INFAK. 

Pihak Tabung Haji tidak menyediakan sarapan pagi. Kos sarapan adalah tanggungan jemaah haji sendiri. Anggaran perbelanjaan untuk sarapan sehari lebih kurang SAR20 - SAR30. Tapi jika bersarapan/makan di restoran seperti KFC, Al Baik, di food court sebagainya, kosnya sekitar SAR30 ke SAR50 sehari. Kos untuk makan-makan selama 45 hari dalam anggaran SAR500 seorang.  Belum termasuk lagi yang nak belanja makan kawan-kawan sebilik. Ada yang baik hati, mereka belanja makan satu bangunan penginapan. Caranya, mereka pergi ke kiosk tabung haji di lobby dan pilih menu apa yang nak belanja hari tu. Contohnya, kita nak belanja nasi lemak. So, kita bayarkan semua jumlah bungkusan nasi lemak yang ada. Lepas tu, sesiapa yang datang ke kiosk untuk membeli nasi lemak akan dapat percuma. Ini juga salah satu contoh ladang pahala yang boleh kita buat. Bukan saja di tanah suci tapi di mana-mana bumi kita berada. Semasa Che Mie di Mekah tempoh hari, selalu juga dapat minum teh tarik free. Sebabnya ada haji/hajah yang baik hati belanja kami semua.

🔴UMRAH SUNAT.

Sekiranya jemaah haji hendak mengerjakan umrah sunat, perlu guna duit sendiri untuk tambang teksi ke tanah halal. Tanah halal yang terdekat dari Masjidilharam adalah di Tanaim (Masjid Ayesha). Tambangnya sekitar SAR50 ke SAR70 untuk dua hala (return). Kos tambang teksi boleh mencecah sehingga SAR100 pada waktu kemuncak haji. Sebenarnya, ada disediakan perkhidmatan bas free ke Tanaim. Tapi bas ni kebiasaannya berjalan ikut time. Che Mie dan suami lebih suka buat umrah waktu malam sekitar jam 12 hingga 4 pagi. Tak tau bas free tu berjalan pukul berapa?. So, kami prefer ambil teksi. Kebiasaannya kami ke Tanaim dalam pukul 12 malam dan balik semula ke Masjidilharam dalam jam 1 atau 2 pagi. Umrah kami biasanya akan selesai dalam jam 3 atau 4 pagi sebelum solat subuh. 

🔴PERBELANJAAN LUAR JANGKA.

Kena ingat juga perbelanjaan luar jangka seperti keuzuran. Masa ni mungkin jemaah yang uzur perlu mengupah orang tolak wheel chair atau sewa skuter untuk tawaf dan saie. Upah untuk tolak wheel chair dalam lingkungan SAR150 hingga SAR300.

🔴SEDEKAH

Peruntukkan sikit duit untuk bersedekah. Berapa banyak nak bersedekah terpulang pada individu sendiri.

🔴MEMBELI BELAH.

Shopping ni walau tak banyak, kena juga beli sikit sebagai buah tangan dari Madinah dan Makkah tanda ingatan untuk orang tersayang di Malaysia. Sejadah raudhah sudah semestinya di hati. Part shopping ni memang perlu duit yang banyak😃😃. Besar periuk nya, maka besarlah keraknya. Che Mie boleh anggarkan SAR2,000 - SAR4,000 dan mungkin boleh lebih lagi😂😂. Tak percaya kan... Nanti bila sampai masanya, tau laaa. Menggelabah cari ATM. Che Mie dulu pun sebelum berangkat ke tanah suci, berjanji nak tumpukan pada ibadah. Tak nak shopping-shopping ni. Tak nak beli banyak-banyak. Tapi bila sampai di sana, janji hanya tinggal janji. Baru 4 hari sampai di Madinah dah pos barang ke Malaysia. Berbelanja di Madinah lain, di Makkah lain. 

🔴 PERBELANJAAN KEPERLUAN PERIBADI.

Perbelanjaan untuk keperluan peribadi dan harian seperti baldi, sabun basuh, ubat gigi, sabun mandi, panty liner, maggie cup dll.

🔴 PLAN INTERNET.

Beli/topup untuk line / internet telefon. Line telefon anggaran SAR100 untuk 8G sebulan. Jika berada di Arab Saudi selama 45 hari, jemaah kena beli topup untuk sebulan lagi. 

🔴POSTAGE.

Yang mana membeli belah banyak-banyak tu dah tentu nak kena pos. Sekali pos barang ke Malaysia tak lari SAR150 - SAR300😅😅. Sekilo SAR18. Kalau 3 atau 4 kali pos dan berkotak-kotak, dah berapa duitnya tu?.

🔴CHECK IN HOTEL

Yang ni tambahan, kalau tak nak pun takpe. Check in hotel buat pasangan suami isteri 😆. Semalam dalam anggaran SAR200 - SAR500 bergantung pada taraf bintang hotel tu. Jika 2 atau 3 kali check in hotel dah berapa kosnya disitu. Kos pengangkutan nak ke hotel juga perlu diambil kira. Semasa Che Mie di sana, hotel yang kami sewa jauhnya lebih kurang 7km dari Masjidilharam. Tempah hotel (Blue Coral Hotel) melalui Booking.Com. Tambang teksi sekitar SAR25 sehala bergantung pada driver teksi. Pihak Tabung Haji juga ada menyediakan Bilik Berkat di setiap bangunan penginapan dengan bayaran SAR50 untuk 2 jam. 

👆Ini adalah bentuk-bentuk perbelanjaan di tanah suci berdasarkan kepada pengalaman Che Mie tempoh hari.

Pendek kata, seorang jemaah haji perlu sediakan duit belanja sekitar RM5,000 ke RM10,000 dan pastikan duit tu dimasukkan siap-siap kedalam akaun Bank Islam. Pastikan setiap jemaah haji atau salah seorang dari suami atau isteri mempunyai kad debit-i dari Bank Islam. Supaya nanti boleh withdraw melalui Bank Ar Rajhi atau mana-mana mesin ATM di Arab Saudi. Jangan lupa aktifkan kad debit kepada penggunaan oversea sebelum berangkat ke tanah suci.

🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋

🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋

Apa-apa pun, yang penting be positive. Allah maha mengetahui dan melihat setiap usaha dan kesungguhan hambanya. Jangan berputus asa sekiranya giliran haji masih jauh lagi.  Sentiasa ikuti perkembangan Tabung Haji terutamanya tarikh rayuan haji dibuka. Buat rayuan haji setiap tahun. Yang berkemampuan boleh cuba buat rayuan melalui pakej haji dengan syarikat pengelola haji swasta. InsyaAllah...


Thursday 6 December 2018

SG LOPO VILLAGE

Kepada ibu bapa yang sibuk bekerja, tak dapat nak bawa anak-anak bercuti pada musim cuti sekolah ini, apa kata hujung minggu bawa anak-anak berkelah.

Entry kali ini Che Mie nak share pengalaman berkelah di Sg Lopo Village, Hulu Langat. Tempat ini tak eksklusif mana, biasa-biasa saja tetapi amat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan kawan-kawan dihujung minggu.

Air sungainya bersih dan mempunyai landscape batu-batu sungai yang menarik. Air sungainya pun cetek amat sesuai untuk kanak-kanak. Ada juga bahagian air yang dalam untuk orang dewasa. Seronok juga tempat ni, suasananya tenang dan kawasan pun bersih. 


Yang sebenarnya kami tak rancang pun nak datang ke Sg Lopo Village, semua terjadi unplanned. 

Kebiasaannya musim cuti sekolah panjang, cucu-cucu akan datang ke rumah atuk & nenek. Dah seminggu anak-anak saudara Che Mie ni datang rumah atuk & neneknya. Kesian tengok dia orang tak pergi mana-mana pun, duduk terperap dalam rumah aje. Kebetulan pula esok hari Sabtu, tiba-tiba terfikir nak bawa dua beradik ni jalan-jalan. Fikir punya fikir, terlintaslah difikiran ni nak bawa budak-budak tu berkelah dan mandi sungai. Tapi nak berkelah dimana? ni pun satu hal jugak. Macam biasa Che Mie google tempat-tempat menarik. Google punya google akhirnya terjumpalah Sg Lopo Village yang terletak di Batu 22, Jalan Hulu Langat. Review sikit blog-blog dan fb Sg Lopo Village yang ada, ermmm macam best je tempat ni. Terus whatsapp untuk booking.

Makan-makan dulu sebelum mandi. Tak syoknya perkelahan ni hanya kami berempat sahaja. Family member yang lain semua ada hal masing-masing. Biasalah bila aktiviti tak dirancang gini laa jadinyaaa...



Seronok betul budak dua orang tuu, Pak Longnya pun melayan aje.

 


 Zafran & Zharif

Antara kemudahan asas disediakan di sini ialah set bbq, surau, toilet, bilik mandi, pondok-pondok di tepi sungai untuk berkelah / beristirehat, cafe menjual makanan / minuman panas & sejuk dan juga ada perkhidmatan katering untuk function family day. Kalau nak buat family day pun boleh, ada disediakan padang untuk acara sukaneka.

Di sini juga ada chalet dan pondok type A yang boleh disewa. Kadar sewa chalet untuk satu malam kalau tak salah Che Mie sekitar RM90.00 dan untuk pondok type A sewanya RM55.00.

 Pondok : RM 25.00 sehari
 Chalet : RM90.00 semalam
Pondok Type A : RM55.00 semalam

Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh hubungi atau whatsapp ditalian 012-2286689 (Icam) atau 012-6932522 (Ieda). Boleh juga layari fb Sg Lopo Village.



SEKIAN,
SELAMAT BERISTIREHAT DAN BERIADAH
BERSAMA KELUARGA 


Friday 22 June 2018

PERCUTIAN DI PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

 
PERCUTIAN YANG PALING AWESOME!!!!
JOM MASUK PULAU...

Kepada yang nak bercuti didalam negara tapi tak tau destinasi mana nak pergi, JOM!! bercuti ke Pulau Perhentian iaitu salah satu destinasi percutian yang paling ideal bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Entry kali ni Che Mie nak share pengalaman bercuti 3H2M di Pulau Perhentian, Terengganu semasa cuti seminggu hari raya tempoh hari.

Kami mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Besut seawal jam 2 pagi melalui Lebuhraya LPT 1 & 2 dan tiba di Kuala Besut 8.30 pagi. Kami memilih LPT memandangkan perjalanannya lebih selesa sebab banyak hentian.

JETI KUALA BESUT
Jeti utama ke Pulau Perhentian adalah jeti Kuala Besut. Tiba sahaja di jeti, kami ke pejabat Cocohut Travel & Tours terlebih dahulu untuk ambil voucher bilik dan bot.

Setiap pelancong yang hendak ke Pulau Perhentian akan dibawa menaiki bot yang telah ditempah khas oleh resort masing-masing. Di jeti nanti pelancong perlu membayar RM5.00 seorang sebagai conservation fees ke Taman Laut.

Secara umumnya, tambang bot ke Pulau Perhentian adalah sekitar RM25.00 ke RM35.00 seorang bergantung kepada kadar yang dikenakan oleh agen pelancongan/ pengusaha bot.

Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit bergantung kepada kelajuan bot dan keadaan laut.

 Terminal Pelancongan Jeti Kuala Besut

 

👆Jeti Kuala Besut.

Pengangkutan utama ke Pulau Perhentian adalah speed boat. Wanita mengandung kalau boleh tak digalakkan naik speed boat ni, sebabnya amat berisiko pada kandungan. Speed boat ni bukannya smooth macam naik feri. Ada ketikanya akan melambung-lambung. Hanya yang pernah naik speed boat saja tau macam mana sakitnya punggung kena hentak dilambung ombak. 😏😏


KAWASAN PARKING KERETA
Kepada yang pertama kali nak ke Pulau Perhentian, mesti tertanya-tanya macam mana tempat parking kereta di jeti Kuala Besut ni kan?.. Kawasan parking kereta di sini agak terhad. Boleh parking di petak parking di deretan bangunan atau tapak khas yang disediakan untuk pengunjung yang nak ke Pulau Perhentian. Kebiasaannya bila masuk saja di kawasan jeti akan ada orang perseorangan menaiki motor yang terdiri dari penduduk tempatan datang menawarkan parking di kawasan  mereka. Kadar sewa antara RM10.00 - RM15.00 sehari bergantung kepada pengusaha parking.

  
👆Yang ni adalah tapak parking di belakang Samudera Hotel. Kepada yang nak ke Pulau Perhentian nanti, boleh juga parking di sekitar kawasan ini. RM10.00 sahaja sehari.

 
Yang ni juga merupakan salah satu tapak parking kereta berbayar berdekatan kawasan jeti.

TEMPAT PENGINAPAN
Kami tiba di Pulau Perhentian Kecil dalam pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah, kami boleh terus check in bilik walaupun check in sepatutnya pukul 3 pm. Tempat penginapan Che Mie booking sendiri direct dengan Cocohut Long Beach Resort.

 Ini lah Cocohut Long Beach Resort, tempat penginapan kami.



Ada 3 pilihan bilik iaitu Super Deluxe Chalet, Deluxe Chalet dan Standard Room.

Untuk tempahan bilik, pengunjung perlu membayar 50% deposit terlebih dulu, selebihnya bayar semasa check in nanti.

Penginapan 2 pax untuk 3H2M = RM600.00 (super deluxe room) + RM140.00 (return boat). Yang ni rate Che Mie dapat musim cuti sekolah, ratenya tinggi sikit berbanding normal season. 

Pelancong boleh pilih pakej:

Fullboard ( bilik+ transfer boat+ snorkeling + breakfast+ lunch+ dinner (BBQ)

Ataupun

 Free & easy (bilik + transfer boat + breakfast).
   
Che Mie pilih free & easy sebab tak nak terikat dengan jadual yang disediakan oleh pihak ajen/resort. Kami bebas untuk kemana saja. Lunch & dinner kami cari sendiri di gerai-gerai makan yang berdekatan dengan destinasi persinggahan kami.

Cocohut Long Beach Resort ni baru saja dibuka pada September 2017. Lokasinya agak jauh dari pantai. Kena hiking sikit ke atas bukit tetapi mempunyai view yang cantik, boleh nampak pemandangan laut sebab kedudukannya di tempat agak tinggi.

  👆Laluan untuk ke Cocohut Long Beach Resort, kena berjalan kaki mendaki bukit sikit lebih kurang 5 minit dari pantai.

 👆Main entrance ke resort.

Sekiranya ada yang berminat untuk menginap di Cocohut Long Beach Resort boleh direct call ditalian 09-6974982 atau online booking melalui Agoda / Booking.com / Trivago ataupun melalui agensi pelancongan. Untuk maklumat lanjut mengenai Cocohut Long Beach Resort boleh layari di COCOHUT LONG BEACH RESORT

 Menu sarapan pagi Che Mie😋😋

 Restoran Cocohut Long Beach Resort

 Breakfast time

Menu sarapan yang disediakan oleh pihak resort tak lah banyak sangat tapi boleh lah sekadar alas perut. Walaubagaimana pun, suasana sekitar resort adalah yang paling selesa dan luas compare dengan resort-resort lain di sekitar long beach.

LOKASI MENARIK DI PULAU PERHENTIAN KECIL
Di Pulau Perhentian Kecil ni terdapat 3 kawasan utama tumpuan pelancong iaitu di Long Beach, Coral Bay dan Kg. Nelayan.

LONG BEACH
Long Beach merupakan kawasan paling menjadi tumpuan pelancong kerana pantainya yang panjang dan pasir putih halus yang bersih sesuai untuk aktiviti riadah, mandi-manda, sukan air dan cuci mata. Mat & minah saleh paling suka berjemur dan bersantai di sini.

Di bawah ni, Che Mie share kan beberapa gambar di sekitar long beach sebagai gambaran kepada yang berhajat nak ke Pulau Perhentian Kecil nanti. 



 
Suasana malam di long beach, meriah dan bising sikit berbanding kawasan tumpuan pelancong yang lain. Sebelah malam pula ada pertunjukkan api dan semuanya tertumpu di sini sambil santai-santai tengok perlawanan world cup melalui skrin besar yang disediakan😄. World cup tahun 2018 tauuu.



Makan malam di long beach, masa ni dalam pukul 7pm.


KINCIR ANGIN 
Aktiviti pada hari pertama kami sebaik tiba di sana ialah ke kincir angin iaitu salah satu tempat yang agak menarik dan cantik untuk dilawati. Kami kesana berjalan kaki mendaki bukit lebih kurang 1 km ++ yang mengambil masa 30 ke 45 minit untuk sampai ke kawasan kincir angin. 


👆Permulaan laluan ke kincir angin yang berbatu-batu dan agak curam. Amat sesuai untuk aktiviti jungle trekking.

👆Tu dia Che Mal, haha!!!, nampak tu hanya berselipar jepun je. Kepada yang berhajat nak hiking ke kincir angin nanti, Che Mie sarankan pakai sport shoes atau kasut yang sesuai. Tapi yang jenis tak kisah macam kami ni, selipar pun jadi😃😃

👆👆Yang ni adalah di pertengahan laluan untuk ke kincir angin. Hati-hati banyak biawak di sini. Kami difahamkan kebanyakkan pulau di perairan Terengganu ni memang banyak biawak. Kepada wanita-wanita jangan jalan seorang diri sebabnya laluan ke wind mill ni agak sunyi, macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Bukan sekadar biawak mungkin buaya pun ada dalam semak-samun tuu.. Kalau boleh jalan dalam group yang ramai adalah lebih selamat.

Kincir angin ni merupakan stesen jana kuasa hybrid yang membekalkan elektrik di Pulau Perhentian.

Dengan adanya stesen jana kuasa hybrid ni, seluruh Pulau Perhentian sekarang dah dapat menerima bekalan elektrik 24 jam.

👆Kincir angin.
Ada 2 saja kincir angin disini.


 Sistem solar

Kemudian kami berjalan mengelilingi pagar kincir angin menuju ke lokasi pemandangan laut pula. Cantik sangat view di sini. Tempat ni memang wajib pergi.




Nice view.
Perjalanan kami setakat di bumbung merah tu saja. Tak boleh turun ke bawah lagi sebab banyak tangga yang dah rompong / rosak. 

ROMANTIC BEACH
Aktiviti pertama kami pada hari kedua adalah mandi-manda di Romantic Beach. Kami set aktiviti ni sebelah pagi selepas sarapan, konon-kononnya tak nak kena panas tengahari. Tak lama pun kami dapat mandi di sini, dalam setengah jam adalah kot. Ombak makin lama makin kuat, air laut pun makin lama makin dalam. Tak berani nak ambil risiko + tak ada life jacket. Romantic Beach ni mempunyai pantai yang berbatu-batu besar dan pemandangan yang cantik serta air laut yang hijau. Orang kata pantai yang berbatu-batu ni biasanya mempunyai air yang dalam. Kalau nak mandi kena cari tempat yang landai sedikit. 

Romantic Beach ni tempat paling sesuai kalau nak tengok sunset sebab pantai ni terletak di sebelah barat pulau dan paling sesuai juga kepada kaki selfie😀😀
💓

Romantic Beach




Untuk ke Romantic Beach ni, kami hanya berjalan kaki lebih kurang 10 - 15 minit dari Cocohut Long Beach Resort.

Che Mie lebih selesa mandi di Romantic Beach berbanding di long beach, sebabnya di Romantic Beach ni lebih aman, pemandangan lautnya cantik, air lautnya jernih dan hijau, tak ramai orang dan tak ada bot-bot yang berlabuh, kalau ada bot yang lalu pun jauh di tengah laut sanun. Di sini lebih selesa dan privacy... sukahati nak mandi macam mana, nak kuak lentang pun boleh, nak kuak kupu-kupu, nak tertonggeng terbalik macam mana pun boleh. Tapi awas di Romantic Beach ni air lautnya agak dalam dan ganas sikit serta banyak kulit siput  / kerang, so kena berhati-hati.

  👆Laluan ke Romantic Beach dari belakang Cocohut Long Beach Resort.

Laluan tak berturap ke Romantic Beach dan merupakan kawasan yang paling banyak biawak. Biawak ni kalau terserempak dengan kita, dia akan cepat-cepat lari masuk hutan. Sangat sunyi laluan ni, masa kami lalu disini tak berselisih dengan sesiapa pun, mungkin waktu pagi-pagi ni orang masih berselimut lagi 😊😊. Kami aje yang tak tau duduk diam, semua pelusuk nak redah.. 

KG. NELAYAN 
Dari Romantic Beach kami balik semula ke resort tukar baju yang dah basah lencun tadi.

Kemudian kami sewa bot ke Kg. Nelayan pula. Sebelum tu, kami survey dulu dari satu booth ke satu booth untuk dapatkan tambang bot yang  paling murah. Akhirnya setelah puas berjalan survey, kami dapat tambang RM10.00 seorang untuk ke Kg. Nelayan. Ni harga untuk seorang tauu,  bukan satu bot. Kalau ada 3 orang, maka RM30.00 lah jawabnya😊. Sebelum tu, ada pengusaha bot yang menawarkan RM15.00 seorang. Di sini kalau nak kemana-mana kena rajin bertanya.

Untuk ke Kg Nelayan ada  dua cara iaitu boleh naik bot dan boleh juga merentas hutan. Pada mulanya kami cadang nak rentas hutan tapi dinasihatkan oleh pekerja-pekerja resort di situ better naik bot sebab jalan hutan bahaya buat masa ni, ada jalan runtuh katanya.

Kg. Nelayan ni merupakan sebuah pekan kecil di Pulau Perhentian. Di sini terletaknya sekolah, masjid, balai polis, rumah-rumah kediaman, kedai-kedai, klinik desa, restoran dan facility lain.



 

 Perkampungan penduduk tempatan

Kami makan tengahari di Medan Selera Pulau Perhentian Kecil. Banyak kedai yang masih tutup sebab masih berhari raya. Harga makanan disini lebih murah berbanding tempat makan di kawasan lain. Air buah di sini harganya RM5.00 segelas berbanding tempat lain RM7.00 ke RM10.00 segelas.

 Medan selera Kg. Nelayan di Pulau Perhentian Kecil


 Masjid Ar-Rahman

 
 
👆Tempat bot-bot nelayan berlabuh

Disini juga terdapat banyak tempat penginapan yang lebih murah harganya kerana diselia oleh penduduk kampung sendiri. Tempat makan pun banyak. Harga makanan pun jauh lebih murah dan suasana malam yang lebih sunyi berbanding kawasan lain.

👆Salah satu resort yang terdapat di Kg. Nelayan. Tak pasti apa nama resort ni. Senang-senang boleh google.
 
CORAL BAY 
Dari Kg. Nelayan kami balik semula ke long beach dengan bot kecil (sama juga RM10.00 seorang) dan terus ke Coral Bay pula. Kami hanya berjalan kaki ke Coral Bay yang mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit . Kawasan ni lebih tenang pada waktu malam dan menjadi tumpuan yang ingin melihat sunset waktu senja.

Di sini juga terdapat banyak pilihan chalet dan resort seperti Shari La Resort, Maya, Ombak Dive Resort, Senja Bay, Fatimah Chalet dan banyak lagi.

Coral Bay
Coral Bay
 
👆Laluan sebelah Tropicana Inn

Bagi yang menginap di Tropicana Inn, pantai yang terdekat bagi mereka ialah long beach. Mereka juga boleh ke Coral Bay kerana resort ni terletak ditengah-tengah laluan antara long beach dan Coral Bay.

👆Jalan masuk ke Coral Bay melalui Ombak Dive Resort.

  👆Salah satu view dari Shari La Resort.

 👆Shari La Resort.
Che Mie sempat snap landscape yang menarik ni semasa cari jalan keluar nak ke Romantic Beach.

Sebenarnya Coral Bay ni bersebelahan je dengan Romantic Beach. Dari Shari La Resort ni pun dah boleh ke Romantic Beach, tapi kena pandai cari jalan. Salah jalan boleh sesat dalam hutan!!! . Dari Romantic Beach kami balik ke resort ikut jalan belakang yang  banyak biawak tadi.

Inilah saja aktiviti kami di Pulau Perhentian, selebihnya kami banyak menghabiskan masa melepak di long beach. Biasanya kami lepak di long beach dari jam 6 petang untuk dinner dan santai-santai tepi pantai hingga malam.

PANDUAN TRAVEL KE PULAU PERHENTIAN
🔵Buat survey dan pilih senarai chalet / resort terlebih dahulu dan buat tempahan sendiri melalui Agoda / Trivago / Booking.com atau direct call chalet / resort pilihan.

🔵Ambil pakej penginapan + transfer boat untuk elak buang masa mencari tempat penginapan dan bot di sana nanti.

🔵Dua atau tiga hari sebelum bercuti call semula pihak resort. Confirm kan masa perlu berada di jeti (time bot berlepas) supaya yang datang dari jauh dapat rancang perjalanan mereka.

🔵Yang ni penting.. Call dan confirm semula dengan pihak resort tarikh dan bilik penginapan yang telah ditempah lebih-lebih lagi yang dah booking awal 3 atau 4 bulan. Kadang-kadang kita kena pikir worst sikit. Simpan dulu semua invoice dan resit bayaran dan yang penting kena tau booking atas nama siapa. Tak dinafikan ada setengah resort yang pengurusannya cekap. Mereka akan call kita dan confirm kan semula tempahan yang telah dibuat.  Yang ni kita tak perlu risau sangat. Yang perlu kita risau, bila dah dekat tarikh percutian tapi tiada maklum balas dari pihak resort/ agent. Bila jadi macam ni, disarankan 2 atau 3 hari sebelum bercuti kita sendiri  perlu call pihak resort atau agent. Che Mie pernah terbaca satu blog, dimana pihak resort terlepas pandang untuk arrange bot buat trip percutian mereka. Team mereka terkandas di jeti, nasib baik dapat bot itu pun setelah berjam-jam menunggu. So, tak nak lah perkara macam ni terjadi pada kita. 

🔵Bila tiba di jeti Kuala Besut, apa yang perlu kita buat pertama sekali ialah cari ajen atau pejabat resort berkenaan yang terletak berhampiran di Kompleks Jeti Pelancongan. Settle dulu apa yang belum selesai. Dapatkan voucher bot dan penginapan dari mereka. Selepas tu nanti pihak ajen/resort akan bawa kita ke jeti dan tunjukkan bot yang patut kita naiki. Jangan sekali-kali terus naik bot sesuka hati😃😃😃 sebab setiap bot sudah ada penumpangnya dan lain-lain destinasi. Ada bot yang akan menuju ke jeti Coral Bay, ada yang nak ke Long Beach, ke Kg. Nelayan, ke Pulau Besar dan sebagainya.

🔵Terdapat banyak chalet / resort di Pulau Perhentian yang menawarkan berbagai pakej dan aktiviti menarik. Kepada mereka yang bercadang nak ambil pakej free & easy, jangan risau mengenai tempat makan. Terdapat banyak gerai makan di sepanjang long beach, begitu juga di sekitar Coral Bay. Kalau yang menginap di Kg. Nelayan lagi lah tak perlu risau, ada Medan Selera dan gerai-gerai makan yang dibuka dari pagi hingga malam. Cuma perlu standby duit makan lebih sikit, sebabnya makanan di sini agak mahal.

Jom tengok senarai chalet / resort yang ada di Pulau Perhentian ni👇.

 Terbahagi kepada 2 pulau, iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Yang bercadang nak ke Pulau Perhentian tu boleh lah survey-survey dulu lokasi penginapan yang ada.

Pulau Perhentian ditutup kepada pelancong pada musim tengkujuh mulai Oktober hingga Februari setiap tahun.

Kepada yang bercuti sendiri-sendiri tu especially yang ambil pakej free & easy, Che Mie nasihatkan survey dulu sebelum nak buat apa-apa aktiviti seperti island tour dan snorkeling trip. Harga yang ditawarkan setiap agen memang berbeza- beza.


Dibawah ni, Che Mie share kan tambang teksi air dari long beach ke satu-satu tempat/resort supaya pembaca dapat gambaran dan boleh buat bajet di sana nanti.

 Kadar tambang teksi air dari long beach.


PENGANGKUTAN
Pengangkutan utama di sini ialah bot atau dikenali juga dengan panggilan teksi air oleh penduduk tempatan. Untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain biasanya dengan mengguna bot kecil / laju atau boleh juga merentas jalan hutan. Di sini tiada jalinan jalan raya.

Yang paling penting semua kena tau, di pulau ni tiada mesin ATM. Sila bawa duit belanja secukupnya.

PENUTUP
JOM MASUK PULAU. Sekali-sekala tu pergi lah bercuti ke pulau-pulau di sekitar perairan Terengganu. Selain Pulau Redang, Pulau Perhentian ni juga mempunyai pantai yang cantik, bersih, memiliki hidupan laut serta coral yang menarik dan amat sesuai kepada aktiviti snorkeling dan scuba diving. 

Aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian memang best!!! Boleh tengok penyu, finding nemo & dory, black tip shark dan yang paling best ialah keunikan coral dalam laut. Walaupun kami tak ambil pakej snorkeling tapi Che Mie yakin snorkeling di sini memang terbaikkk... 

Pulau Perhentian juga menjadi salah satu dive site yang digilai ramai. Antaranya ialah sugar wreck, Batu Nisan (sini boleh tengok ikan pari), Sea horse drift, Vietnamese Wreck (kapal karam), shark point, light house, tokong laut dan banyak lagi. Berkayak di sekeliling pulau memang boleh hilangkan stress. Memang sesuai untuk percutian seisi keluarga.

Semoga entry Che Mie kali ni dapat memberi sedikit info kepada pembaca yang bercadang untuk bercuti ke Pulau Perhentian.

Akhir Kata:
⛱ ⛴ SELAMAT BERCUTI


Tarikh blog ini ditulis : 22 Jun 2018