Total Pageviews

Monday 28 August 2017

PERCUTIAN KE HO CHI MINH CITY, VIETNAM

Alhamdulillah, entry kali ni Che Mie nak kongsikan pengalaman bercuti ke Vietnam 4D3N tempoh hari dengan office mate. Memang happening.

Ini adalah pertama kali Che Mie melawat ke Vietnam. Kenderaan utama di sini adalah motosikal. Serious cakap, jumlah motosikal di sini saja dalam anggaran 40 juta. Bukan Che Mie buat cerita tapi maklumat ni Che Mie dapat dari tourist guide yang entertained kami masa di sana. 
 Jalan raya yang sentiasa sibuk dengan motor. 

Datang sini tak sah kalau tak shopping. Dah tentunya tempat menarik untuk shopping ialah di Bent Thant Market. Kebanyakan peniaga di sana boleh berbahasa melayu. Yang best nya tourist guide kami pun fasih berbahasa melayu.

Bagi yang datang ke Vietnam untuk tujuan shopping, Che Mie sarankan tidak perlu tukar duit Dong (VND) terlalu banyak, kebanyakan peniaga di sana menerima duit Ringgit Malaysia. Peniaga-peniaga di sana sentiasa standby duit RM untuk urusan jual beli dengan orang Malaysia.

Di Ho Chi Minh City ni, ada satu jalan nama Nuyen An Nih Street atau lebih dikenali Malaysian Street. Malaysian Street ni berdekatan dengan Bent Thant Market. Bent Thant Market ni boleh digambarkan keadaannya macam di pasar seni ataupun Pasar Payang. Bent Thant Market ni sebelah malam tutup tau.. kalau nak shopping sebelah malam kita boleh pergi ke night market yang bersebelahan dengan Bent Thant Market. Kalau nak cari restoran halal datang lah ke Malaysian Street, memang banyak restoran halal di sepanjang jalan ini.

 Ini lah dia Malaysian Street dimalam hari.

Malaysian Street.
Disini  terdapat banyak restoran halal seperti Restoran Hjh. Basiroh, Restoran Kg. Melayu, Kedai Halal Amin, Restoran Hj. Osman, Restoran Halal Salima.
 
Makan malam di Restoran Kg. Melayu

Kami di sana menginap di Lan Lan 2 Hotel. Dari Lan Lan 2 Hotel kami hanya berjalan kaki lebih kurang 300 meter untuk ke Bent Thant Market. Berhadapan Lan Lan 2 Hotel juga ada restoran halal namanya Restoran Kg. Pandan. Lan Lan 2 Hotel ni juga ada menyediakan halal food untuk sarapan pagi.

Ini lah bilik kami.. bersihkan

Bilik air luas dan bersih.

Bagi kaki shopping Che Mie cadangkan cari hotel yang berdekatan dengan Bent Thant Market kerana selain dekat dengan tempat shopping berdekatan dengannya juga ada banyak kedai-kedai makan halal. 

Aktiviti pada hari pertama sebaik saja check in hotel kami terus serbu ke Bent Thant Market. Bent Thant Market ni dibuka seawal pagi dan tutup pada jam 6 petang.

 Bent Thant Market.

Jangan lupa tawar menawar. Disini kalau nak membeli Che Mie cadangkan guna RM aje, tak payah pening-pening kepala nak convert duit. Di sini juga kita boleh pilih kain dan minta mereka jahit dalam masa sehari boleh siap. Nanti mereka akan hantar baju yang siap dijahit ke hotel kita menginap. 

 Bent Thant Market

 Bent Thant Market

Hari kedua di Vietnam, aktiviti kami adalah melawat Chu Chi Tunnel. Dari Ho Chi Minh City kami menaiki limosin yang mengambil masa  lebih kurang 1.5 ke 2 jam perjalanan untuk ke Chu Chi Tunnel.

Chu Chi Tunnel sebenarnya adalah tapak berlakunya peperangan antara Vietnam dan Amerika disekitar tahun 70 an. Mereka membina terowong dalam tanah dari satu tempat ke tempat lain untuk lari dari tentera Amerika. Disini kami berpeluang merasai masuk ke dalam terowong tanah yang panjangnya lebih kurang 200 meter. Terowongnya agak kecil dan muat-muat badan, yang paling tak tahan kena bongkok kan badan. Yang sakit pinggang tak yah lah masuk, takut nanti terkehel pulak tulang pinggang tu.
 Rombongan kami ke Chu Chi Tunnel.
 Terowong menuju ke tapak kesan sejarah peperangan antara Vietnam dan Amerika.
 Kami juga dibawa menonton video yang mengisahkan sejarah peperangan antara Vietnam dan Amerika disalah sebuah pondok. Video ni mengisahkan bagaimana usaha penduduk Vietnam menangani peperangan dengan tentera Amerika sehingga tercapainya kemenangan dipihak Vietnam.
 Kami juga dibawa melawat jenis-jenis perangkap yang digunakan semasa peperangan. Perangkap ni disediakan dijalan-jalan masuk utama tentera Amerika ke kampung.


 Door trap ni sesuai kalau pasang dirumah kita untuk jadi perangkap kepada pencuri. hahaha.. Tapi jangan lupa takut nanti tuan rumah pulak yang terperangkap.
Ini adalah salah satu lubang terowong yang digunakan untuk lari dari tentera Amerika. Kecil saje lubangnya. Lubang ni hanya muat untuk orang yang berbadan kecil. Dikatakan orang Vietnam dahulu memiliki badan yang bersaiz kecil. Orang yang memiliki badan besar khususnya tentera Amerika tak boleh masuk ke dalam terowong ni. Bijak kan mereka....
 Ini lah tapak perkampungan mereka semasa zaman perang dahulu. Mereka juga membina perkampungan didalam tanah semasa peperangan.

Sebelah malamnya kami dibawa menikmati dinner sambil menikmati keindahan Ho Chi Minh City di sepanjang Sg. Saigon dengan menaiki Tau Ben Nghe Cruise. Memang seronok sangat dan puas hati dengan servis yang tourist guide kami bagi.

 Makan malam di Tau Ben Nghe Cruise


Ho Chi Minh City dimalam hari. Gambar ni Che Mie ambil semasa atas Cruise. Vietnam ni pun merupakan sebuah negara yang membangun seperti di Malaysia.

Hari ketiga kami melawat ke Sg. Mekong. Dalam perjalanan ke Sg. Mekong kami dibawa singgah di beberapa kilang jual kain, tudung, baju, tshirt dan barang-barang kraftangan. Orang di sana agaknya sebut kedai tu sebagai kilang. Bila tourist guide kata nak bawa kami melawat ke kilang tudung dan kain, hati Che Mie dah berbunga-bunga. Che Mie bayangkan gudang besar tempat jahit tudung dan baju..dah tentu boleh dapat harga borong dan murah, tapi sebenarnya kilang yang dimaksudkannya adalah kedai-kedai biasa saja.

Untuk aktiviti ni kami menaiki bot ke Pulau Unicorn. Di Pulau Unicorn kami dibawa melawat ke tempat proses pembuatan gula-gula dari kelapa, melawat kebun madu lebah, menaiki kereta kuda dan naik sampan.
Menaiki bot merentasi Sg. Mekong menuju ke Pulau Unicorn. Sg. Mekong merupakan sungai yang terpanjang di Asia Tenggara.
Ini adalah salah satu gerai yang menjual gula-gula kelapa. Ada perisa durian, strawbery, kacang dan macam-macam lagi.
Ini lah Pulau Unicorn. Terdapat banyak cenderahati yang boleh beli disini.
Ini adalah antara barangan kraftangan yang diperbuat dari batang pokok kelapa. Bagi yang kaki deco rumah bolehlah beli untuk hiasan rumah, boleh jugak dijadikan souvenir.
Kemudian kami dibawa ke kebun madu lebah. Kami juga dihidangkan dengan air madu yang telah dicampur dengan perahan air limau nipis.

Selepas tu sesiapa yang berani bolehlah rasa pegang ular. 
Yang ni Che Mie tak berani pegang, sekadar tengok dari jauh jer.
Kami juga dihidangkan dengan buah-buahan tempatan sambil mendengar dendangan lagu yang dinyanyikan oleh pekerja-pekerja disana. Yang best nya mereka juga boleh menyanyi lagu keroncong melayu asli.
Selepas tu kami dibawa menaiki kereta kuda.
 Last sekali, naik sampan menyusuri lembah Sg. Mekong menuju ke muara sungai.
Row row row your boat, gently down the stream.... dah pun sampai di muara Sg. Mekong.
Kini tibalah masanya balik semula ke tanah besar. Masa balik ni kami dibekalkan dengan air kelapa seorang sebiji.

Hari keempat adalah aktiviti bebas, sebelah paginya kami hanya berjalan kaki pusing-pusing bandaraya Ho Chi Minh.

Hari keempat adalah hari terakhir kami disini. Kami berjalan tanpa tourist guide. Kami cuma gunakan perkhidmatan tourist guide pada hari kedua dan ketiga sahaja untuk bawa kami ke Chu Chi Tunnel dan Sg. Mekong. Kami dikenakan RM120.00 seorang untuk 2 hari. Harga ni dah termasuk service charge, pengangkutan, makan, tiket, tips termasuklah naik cruise sambil menikmati keindahan bandaraya Ho Chi Minh diwaktu malam. Flight dan hotel kami booking sendiri.

Pada mulanya kami plan untuk tidak guna perkhidmatan agen pelancangon tapi bila memikirkan kami dalam group yang ramai dan memerlukan pengangkutan seperti bas atau limosin untuk ke Mekong dan Chu Chi Tunnel membuatkan kami ambil perkhidmatan tourist guide. Perkhidmatan tourist guide ini kami perolehi daripada pihak hotel tempat kami menginap. Kami juga sewa bas dari syarikat tourist guide yang sama untuk bawa kami dari hotel ke airport. Kami dikenakan caj RM20.00 seorang.


Dibawah adalah gambar bandaraya Ho Chi Minh yang dapat Che Mie ambil pada pagi hari keempat tempoh hari. Ada banyak gambar yang Che Mie snap tapi untuk entry ni Che Mie cuma masukkan gambar dibawah ni aje.







Semoga entry Che Mie kali ni boleh jadi panduan kepada mereka yang nak ke Vietnam lebih-lebih lagi kepada first timer yang nak ke sana.


😎😎 SELAMAT BERCUTI