Total Pageviews

Thursday 16 November 2017

HIASAN DULANG HANTARAN KAYU

 
Assalamualaikum semua, dah lama tak update. Entry kali ni Che Mie nak share cara-cara menggubah bekas hantaran yang diperbuat dari kayu. Entry yang lepas Che Mie tunjukkan cara-cara menggubah bekas hantaran dari steel tray tapi kali ni dari kayu pulak.

Bekas hantaran kayu Che Mie tempah dari Fa Rekabina Wood. Untuk maklumat lanjut mengenai Fa Rekabina Wood ni boleh tengok kat fb Hantaran kayu pallet.

PART PERTAMA Che Mie nak tunjukkan cara-cara menghias bekas hantaran kayu. Barang-barang yang diperlukan ialah bekas hantaran kayu, grass carpet, poliform, reben, butang & glue gun.

 Bekas hantaran kayu
 Grass carpet, glue gun, poliform dan reben


Mula-mula lilitkan bekas hantaran dengan reben seperti gambar di bawah. Che Mie pilih reben warna hijau emerald. Warna reben boleh ikut tema dan pilihan sendiri.
Kemudian letak kan poliform dan grass carpet didalam bekas hantaran yang dah dililit reben tadi. Che Mie gunakan poliform yang tebal nya 1 inci sahaja. Tujuan Che Mie letak poliform supaya tapaknya nampak lebih tinggi sedikit, bila letak hiasan bunga dan barang-barang tak lah nampak tenggelam kedalam.
Untuk nak nampak cantik lagi, Che Mie hiaskan bekas hantaran tadi dengan butang. Butang ni Che Mie tempah di kedai jual peralatan menjahit dan hantaran. Che Mie kontra kan warna hijau dengan coklat.
Butang ni Che Mie letakan di bahagian cantuman reben pada bekas hantaran kayu tadi. Nak tengok macam mana hasil kejadiannya boleh tengok gambar di bawah.

PART KEDUA Che Mie nak tunjukkan cara-cara menghias bekas hantaran yang dah siap tadi dengan bunga.

Barang-barang yang diperlukan adalah reben, dawai halus, crepe paper, gabus, daun, bunga dan cutter. Warna dan jenis bunga tak kisah apa-apa pun boleh, ikut pilihan dan tema sendiri.

Step pertama sediakan ikatan reben banyak-banyak seperti gambar dibawah. Ikat reben tadi dengan dawai halus supaya mudah dicucuk pada gabus. 

Step kedua potong gabus menjadi bungkah kecil  yang bersaiz lebih kurang 1 x 2 x 1 inci. Kemudian balut gabus tadi dengan crepe paper berwarna silver. Tak balut dengan crepe paper pun boleh tapi nampak tak cantik. Bila kita cucuk bunga, gabus tadi akan keluarkan debu-debu halus, buatkan hantaran kita nampak kotor.

Step ketiga potong tangkai bunga dan daun dengan cutter. Tangkai bunga tak boleh potong dengan gunting biasa tau, kena cari cutter yang sesuai untuk potong besi.

Step keempat adalah masa untuk mencucuk. Mula-mula cucuk daun di depan dan kiri kanan gabus macam gambar dibawah.  Lepas tu cucuk bunga putih diatas dan cucuk kan bunga hijau di depan, kiri dan kanan gabus tadi.
Nampak tak masih ada lagi ruang-ruang kosong.. nampak tak cantik kan. Che Mie tambah lagi bunga hijau untuk tutup ruang-ruang yang kosong tu. Kemudian Che Mie tambah lagi dengan ikatan reben supaya jambangan bunga nampak lebih berseri seri lagi.
Ini lah hasilnya
 Dah pun siap 8 bekas hantaran, mudahkan...


Part ketiga tinggal nak susun barang-barang hantaran.

Senangkan, cara-cara nak gubah dulang/bekas hantaran. Mudah dan jimat, semua orang boleh buat sendiri, tak payah lagi nak tempah-tempah.

Semoga entry Che Mie kali ni boleh jadi panduan kepada semua pembaca.


SELAMAT MENCUBA