Total Pageviews

Sunday 19 March 2017

PERCUTIAN KE PULAU MANUKAN, SABAH

Kepada yang nak bercuti ke Sabah dan tak tau nak ke mana, Che Mie cadangkan ambil lah pakej island hopping ke pulau-pulau di sekitar perairan Sabah. Entry kali ni Che Mie nak kongsi sedikit pengalaman ke Pulau Manukan masa bercuti ke Sabah tempoh hari. Hari pertama & kedua Che Mie shoot ke Kundasang & Ranau. Hari ketiga balik semula ke bandaraya KK dan set aktiviti dengan gang nak ke Pulau Manukan pada hari keempat.  

Untuk ke Pulau Manukan kami ambil bot di Jesselton Point. Jesselton Point ni adalah jeti tempat berlepasnya bot-bot ke taman-taman laut Tunku Abdul Rahman yang terletak di perairan bandaraya KK. Taman-taman laut Tunku Abdul Rahman terdiri dari Pulau Gaya, Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Memang cantik, airnya jernih dan boleh nampak anak-anak ikan dengan jelas dari atas.



Jesselton Point


Ok lah berbalik kepada cerita nak ke Pulau Manukan harganya ialah RM23.00 seorang. Pelancong juga boleh memilih untuk pergi ke 2 atau 3 buah pulau mengikut pakej yang disediakan oleh agen. Ada banyak agen yang buat pakej island hopping disini, lain agen lain harganya. Kalau foreigner harganya lebih mahal sedikit.

Tu diaa... Che Mie & the gang. Nak tau Che Mie yang mana satu?... yang bertudung biru navy dan berselipar merah tu lah Che Mie😊😊😊.   Yang sebenarnya Che Mie nak tunjuk kaunter-kaunter untuk booking island hopping di belakang tu.
Depan Che Mie ni pun terdapat sebaris lagi kaunter yang dibuka. Memang banyak kaunter di sini. Boleh pilih agen dan pakej ikut pilihan pelancong dan bajet masing-masing.


Sebelum naik bot, kami diminta mengambil life jacket dan memilih mask, snorkel dan fins untuk snorkeling di Pulau Manukan nanti.

Perjalanan dari jeti ke pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 20 - 30 minit. Pelancong akan ditinggalkan bersantai di pulau Manukan ni sampai tengahari/petang.

 perjalanan menuju ke Pulau Manukan

 View pulau Manukan dari jeti


Dah pun sampai di Pulau Manukan. Nak masuk kena bayar conservation fee ke Taman Laut RM3.00 seorang, manakala RM1.00 jika warganegara berumur 18 tahun kebawah.


Di Pulau Manukan ada disediakan kemudahan toilet, surau, bilik mandi & tempat makan. Makanan di sini agak mahal sedikit. Group Che Mie awal-awal lagi dah shopping air dan makanan ringan semasa di Jesselton Point. Di sini juga ada resort kalau nak sewa. Tentang keselamatan di sini kena pandai-pandai jaga diri sendiri.  Setiap pulau ada disediakan pondok life guard untuk pantau pelancong-pelancong yang mandi manda supaya semuanya selamat. Kalau ada masalah  atau sebarang pertanyaan boleh tanya pengawal di pondok life guard tersebut, mereka sedia membantu.

Bersiap sedia untuk aktiviti snorkeling.
 








Aktiviti di sini macam biasa.. snorkeling, scuba, pusing-pusing pulau. Nak main-main air & santai-santai saja pun boleh. Pengunjung diberi masa berada di pulau ni sehingga tengahari/petang. Bot-bot akan datang ambil semula ke tanah besar KK sekitar jam 1 tengahari dan seterusnya hingga petang. Pastikan kita naik bot yang sama masa datang tadi.

SEKIAN SAJE..CELOTEH CHE MIE..
SEMOGA ENTRY CHE MIE NI BERMANFAAT DAN BOLEH DIJADIKAN SEDIKIT PANDUAN KEPADA YANG NAK BERCUTI KE SABAH

Thursday 16 March 2017

PERCUTIAN DI PULAU LANGKAWI

Entry kali ni Che Mie nak share kan aktiviti dan tempat-tempat menarik yang Che Mie lawati semasa bercuti 4D3N di Langkawi tempoh hari.
AKTIVITI PERTAMA KAMI PADA HARI KEDUA ialah island hopping. Kepada mereka yang nak bercuti ke Langkawi tapi tak tau nak buat aktiviti apa dan nak ke mana, Che Mie cadangkan ambil lah pakej island hopping.

Untuk aktiviti island hopping, pelancong akan dibawa  ke Pulau Beras Basah dan Dayang Bunting dengan menaiki speed boat. Pelancong juga akan dibawa melihat eagle feeding berhampiran Pulau Singa Besar.
Pakej island hopping ini ada dua trip. Trip pertama sebelah pagi (dari jam 9 hingga 1 tengahari) dan trip kedua sebelah petang (dari jam 2 hingga 6 petang).

Harga untuk island hopping berbeza-beza bergantung pada agen dan pakej yang diambil. Kebiasaannya dalam lingkungan RM35.00 hingga RM40.00 seorang. Terdapat dua lokasi jeti yang menjalankan aktiviti island hopping, iaitu di pekan Kuah (Kompleks Jeti Pelancongan) dan satu lagi di Pantai Cenang.
Pulau Beras Basah

Ok, yang ni di Pulau Beras Basah iaitu destinasi pertama island hopping. Monyet-monyet di pulau ini jinak-jinak saja, tapi jangan tayang makanan depan monyet-monyet tu, nanti kena rampas. Kalau tak bagi, monyet-monyet tadi akan kejar sampai dapat. Boleh dikatakan seluruh kepulauan Langkawi memang banyak monyet. Untuk masuk ke Pulau Beras Basah ni tak dikenakan apa-apa bayaran (entrance fee).

Di sini tiada kemudahan asas seperti toilet, bilik mandi dan surau. Kalau rasa nak membuang/melabur kena lah cari semak-semak. Semoga satu hari nanti pihak LADA (Langkawi Development Authority) akan upgrade pulau ni dengan kemudahan asas. Di sini, pelancong akan diberi masa selama satu jam untuk mandi manda dan berehat. Pandai-pandailah adjust masa supaya tak kena tinggal dengan bot nanti.

Destinasi kami seterusnya adalah ke Pulau Singa Besar untuk melihat eagle feeding. Biasanya bot akan berhenti disini selama 5 ke 10 minit untuk bagi makan helang. Sambil tu pelancong boleh melihat helang dengan lebih dekat lagi.


Setiap bot yang datang akan bawa ayam untuk bagi makan helang.
Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Dayang Bunting pula. Ini lah gunung Dayang Bunting yang digembar gembur kan tu. Ada bahagian kepala, buah dada & perut macam orang mengandung.



Untuk ke tasik Dayang Bunting kena bayar RM5.00 seorang sebagai entrance fee. Kemudian, kena berjalan kaki lebih kurang 1 km untuk ke tasik. Kena lah naik bukit lepas tu turun bukit macam jungle trekking. Tapi jangan risau ada anak tangga yang boleh diikuti untuk ke tasik, memang penat tapi puas hati.

Di sini kalau dahaga/lapar ada gerai jual air dan makanan ringan. Kalau nak makan yang goreng-goreng pun ada. Toilet & bilik mandi pun ada disediakan di sini.


Inilah tasik Dayang Bunting. Tasik air tawar di tengah-tengah pulau.
 



Bot disini boleh sewa dengan harga RM30.00

Jeti Pelancongan Kuah


Selepas habis aktiviti island hopping dan lunch, kami balik semula ke hotel untuk bersihkan diri dan solat. Kemudian kami ke Jeti Tanjung Rhu untuk survey Pakej Mangrove Tour pula. Tapi nasib tak menyebelahi kami kerana aktiviti mangrove tour untuk hari ni dah habis, kena datang semula esok pagi. Untuk aktiviti mangrove ni kami tak ambil sebab esok dah set aktiviti lain untuk ke Gunung Mat Chincang.

Dari survey yang Che Mie dapat, pakej mangrove tour ni agak mahal lebih kurang RM90.00 ke RM125.00 seorang dan untuk sewa satu bot dalam lingkungan RM200.00 ke RM500.00. Terdapat dua jeti yang menjalankan aktiviti mangrove tour iaitu di Kg. Kilim dan satu lagi di Tg. Rhu. 

Balik dari jeti, kami singgah di Pantai Tanjung Rhu pula santai-santai sambil minum petang.

 Dengar cerita disini juga ada aktiviti parasailing. Masa Che Mie sampai tak nampak apa-apa pun aktiviti parasailing di sini, mungkin dah lewat petang, semua aktiviti dah habis.

Pantai Tanjung Rhu

AKTIVITI KAMI PADA HARI KETIGA ialah ke Panorama Langkawi. Kalau datang ke Langkawi tak sah kalau tak naik cable car. Cable car ni dah macam trademark untuk orang datang ke Langkawi.

Masa nak beli tiket kena tunjuk IC. Harga tiket untuk warganegara dan foreigner tak sama. Che Mie & Che Mal ambil Pakej Basic Combo RM40.00 seorang.

Dari dalam cable car boleh nampak air terjun Telaga Tujuh.
 Yang ni pemandangan atas dari middle station. Nampak tu.. dari station atas nak turun ke sky bridge boleh tahan juga jauhnya. Sky bridge nya terlindung dengan pokok. Untuk nak ke sky bridge, pelancong kena naik gondola semula ke station atas.

Yang ni pula pemandangan bawah dari middle station. 
 View dari on top station. Cantik sangat pemandangan di sini, air lautnya nampak biru dari atas.
Nak ke sky bridge ni ada dua pilihan. Pilihan pertama boleh turun ke bawah berjalan kaki ikut anak tangga macam gambar di atas atau pilihan kedua dengan menaiki Sky Glide. Kalau tak salah tiketnya berharga RM10.00 atau RM15.00 seorang. Che Mie dan Che Mal pilih turun ikut tangga je, baru adventure sikit. hahaha... Nak ke sky bridge jalan kaki pun kena bayar tau, harga tiketnya RM5.00 seorang.

Bergoyang sikit kepala lutut Che Mie masa ni bila tengok tiangnya yang satu tu TAPI memang seronok sangat tempat ni. Kepada mereka yang nak bercuti ke Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk ke sini.
gambar ihsan dari google (nak tunjukkan struktur binaan sky bridge)
Skybridge ni tergantung dengan beberapa tali keluli yang di support pada 1 tiang aje macam gambar diatas.

Dah penat berjalan kat gunung Mat Chincang, selepas ni Che Mie & Che Mal nak ke air terjun Telaga Tujuh pula. Air terjun ni tak jauh dari stesen cable car, tak sampai 1km. Nak masuk ke air terjun ni tidak dikenakan apa-apa bayaran, cuma perlu bayar parking jer..😀😀. Keadaan disini agak sunyi dan jarang-jarang sekali berselisih dengan pengunjung yang lain. Bagi wanita-wanita kalau boleh jangan jalan seorang diri. Berjalan dalam group yang ramai adalah lebih baik dan selamat.

Nak ke air terjun ni pun kena mendaki ratusan anak tangga lagi.

Dari sini boleh nampak cable car



On the way balik dari air terjun Telaga Tujuh, kami singgah jalan-jalan di Telaga Harbour Marina, iaitu tempat kapal layar berlaboh.

Banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi ni. Ada aktiviti skytrex, flying fox, aktiviti berkuda di Island Horse, menunggang kenderaan ATV. Semua tempat aktiviti ni berdekatan dengan Panorama Langkawi. Kalau yang ada bajet lebih boleh ambil pakej helicopter tours. Sewanya RM1000 ++ begantung pada lokasi & hours nak sewa.

Bagi yang bawa anak-anak kecil yang sedang naik sesuai rasanya bawa anak-anak melawat ke Bird of Paradise, Underwater World, Muzium 3D & Taman Buaya.

Cerita tempat makan, memang banyak tempat makan di sini. Sebelah malam Che Mie & Che Mal jalan-jalan cari makan di Pantai Cenang. Pantai Cenang ni sebelah malam hidup tau, bukan lah hidup bernyawa tapi happening, meriah macam pasar malam. Di sini terdapat banyak tempat makan. Ada restoran siam, arab, western, pakistan, shell out semuanya ada. Kalau nak makan seafood dan masakan jepun, Che Mie syorkan datanglah makan di Telaga Seafood Restaurant yang terletak di Jalan Pantai Cenang. Kedai-kedai makan dan restoran di sini dibuka hingga awal pagi. Di kiri kanan Jalan Pantai Cenang ni juga terdapat banyak hotel, motel & chalet yang boleh disewa. Suasana malam disini agak bising sikit berbanding tempat lain.

Port nak shopping pun banyak. Di sini juga ada Cenang Mall, terdapat banyak free duty shop didalamnya. Di Pantai Cenang ni juga terletaknya Underwater World yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 6.00 petang.

Pantai Cenang 
(gambar ihsan dari google)

CERITA PASAL TEMPAT PENGINAPAN, terdapat banyak hotel di Langkawi. Boleh pilih hotel bertaraf 5 star, 4 star, 3 star hingga yang no star semuanya ada ikut pada bajet masing-masing. Ada juga homestay, resort, motel dan chalet. Yang tengah mencari tempat penginapan tu boleh google tengok senarai hotel yang ada di Langkawi. Bajet kami untuk percutian kali ni hotel 3 bintang aje.. almaklumlah bajet pun ciput. Che Mie nak promote sikit hotel  yang Che Mie sewa hari tu di Langkawi Seaview Hotel.

Ini lah Langkawi Seaview Hotel yang terletak di Pekan Kuah

Bagi Che Mie service hotel ni memang tip top. Hari-hari room service akan datang kemas bilik, tukar tuala mandi, refill balik apa yang dah kurang, menu breakfast pun banyak. Facilities pun ok, Memang sesuai dengan taraf 3 bintangnya. Setiap hari Che Mie & Che Mal akan keluar pagi dan balik ke hotel semula lewat petang. Setiap kali balik ke bilik, Che Mie perhatikan katil dah bekemas rapi, tuala mandi tukar baru, bakul sampah kosong dan bilik air dah dicuci bersih, lantai dah mop & sapu bersih. Yang best dah tersedia iron & iron board sekali dalam bilik, tak payah lagi nak call room service. Plug socket pun banyak. Sebelum Che Mie booking hotel ni, adalah Che Mie review komen-komen kat Booking.com tu. Ada yang bagi komen positif dan banyak juga yang komen negatif. Bila Che Mie dah menginap disini, tak la seteruk macam mana yang komen-komen negatif tu.. OK jer. Bagi Che Mie yang penting hotel tersebut bersih, diiktiraf halal, suasana dan susun atur perabot dalam bilik tersebut kemas.

Kepada yang berminat dan nak mengetahui lebih lanjut tentang Langkawi Seaview Hotel, boleh click di  www.langkawiseaviewhotel.com


View dari balkoni Langkawi Seaview Hotel

Untuk yang kaki shopping tu boleh lah sewa di HIG Hotel. Senang nak angkut barang dan boleh datang shopping bila-bila masa dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Hotel ni bersebelahan je dengan HIG Shopping Complex. HIG ni abbreviation untuk Hj Ismail Group. Tak ada gambar nak tunjuk kat entry ni, sebabnya memang tak bergambar pun di HIG ni. Kepada yang nak tahu lebih lanjut mengenai HIG boleh lah try google. Kalau datang ke Langkawi tak sah kalau tak singgah di Hj. Ismail iaitu tempat syurga membeli belah especially coklat. Selain coklat ada juga travel bag, pinggan mangkuk, pakaian semuanya ada, yang penting duit dalam poket penuh.

HIG ni dahulu hanya shop lot, tapi sekarang dah maju ada bangunan shopping complex dan hotel sendiri. 

Kami ke HIG ni pada hari pertama semata-mata nak beli coklat untuk buah tangan keluarga. Hari keempat kami datang sekali lagi untuk beli beg pula, sebabnya coklat-coklat yang beli hari tu tak muat nak sumbat dalam beg pakaian yang ada. Kami cari beg yang agak-agak boleh bawa naik ke kabin. Cari punya cari akhirnya terjumpa dengan travel bag ni berharga RM99.00 jenama HIG.

  Inilah beg yang Che Mie beli di HIG hari tu.. Kecil & comel je beg ni, berharga RM99.00 (jenama HIG 😀😀)...Walaupun buatan local tapi kualiti beg ni memang terbaikk!!!


AKHIR KATA, datanglah bercuti ke Langkawi. Memang best... Kalau nak tahu  Pulau Langkawi juga diiktiraf sebagai salah satu pusat pelancongan bertaraf dunia.

Semoga info Che Mie ni boleh jadi panduan dan sedikit gambaran kepada yang nak bercuti ke Langkawi terutama sekali kepada first timer yang nak ke sana. InsyaAllah Che Mie & Che Mal akan datang lagi ke Langkawi untuk ambil pakej mangrove tour pula yang tak kesampaian hari tu. 

Kepada yang tengah cari perkhidmatan kereta sewa, boleh cuba contact Bang Chik atau whatsapp ke 013 3508430. Untuk info lanjut boleh click  www.mrplangkawi.com  

SELAMAT BERCUTI SEMUA
😀