Total Pageviews

Sunday 19 March 2017

PERCUTIAN KE PULAU MANUKAN, SABAH

Kepada yang nak bercuti ke Sabah dan tak tau nak ke mana, Che Mie cadangkan ambil lah pakej island hopping ke pulau-pulau di sekitar perairan Sabah. Entry kali ni Che Mie nak kongsi sedikit pengalaman ke Pulau Manukan masa bercuti ke Sabah tempoh hari. Hari pertama & kedua Che Mie shoot ke Kundasang & Ranau. Hari ketiga balik semula ke bandaraya KK dan set aktiviti dengan gang nak ke Pulau Manukan pada hari keempat.  

Untuk ke Pulau Manukan kami ambil bot di Jesselton Point. Jesselton Point ni adalah jeti tempat berlepasnya bot-bot ke taman-taman laut Tunku Abdul Rahman yang terletak di perairan bandaraya KK. Taman-taman laut Tunku Abdul Rahman terdiri dari Pulau Gaya, Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Memang cantik, airnya jernih dan boleh nampak anak-anak ikan dengan jelas dari atas.



Jesselton Point


Ok lah berbalik kepada cerita nak ke Pulau Manukan harganya ialah RM23.00 seorang. Pelancong juga boleh memilih untuk pergi ke 2 atau 3 buah pulau mengikut pakej yang disediakan oleh agen. Ada banyak agen yang buat pakej island hopping disini, lain agen lain harganya. Kalau foreigner harganya lebih mahal sedikit.

Tu diaa... Che Mie & the gang. Nak tau Che Mie yang mana satu?... yang bertudung biru navy dan berselipar merah tu lah Che Mie😊😊😊.   Yang sebenarnya Che Mie nak tunjuk kaunter-kaunter untuk booking island hopping di belakang tu.
Depan Che Mie ni pun terdapat sebaris lagi kaunter yang dibuka. Memang banyak kaunter di sini. Boleh pilih agen dan pakej ikut pilihan pelancong dan bajet masing-masing.


Sebelum naik bot, kami diminta mengambil life jacket dan memilih mask, snorkel dan fins untuk snorkeling di Pulau Manukan nanti.

Perjalanan dari jeti ke pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 20 - 30 minit. Pelancong akan ditinggalkan bersantai di pulau Manukan ni sampai tengahari/petang.

 perjalanan menuju ke Pulau Manukan

 View pulau Manukan dari jeti


Dah pun sampai di Pulau Manukan. Nak masuk kena bayar conservation fee ke Taman Laut RM3.00 seorang, manakala RM1.00 jika warganegara berumur 18 tahun kebawah.


Di Pulau Manukan ada disediakan kemudahan toilet, surau, bilik mandi & tempat makan. Makanan di sini agak mahal sedikit. Group Che Mie awal-awal lagi dah shopping air dan makanan ringan semasa di Jesselton Point. Di sini juga ada resort kalau nak sewa. Tentang keselamatan di sini kena pandai-pandai jaga diri sendiri.  Setiap pulau ada disediakan pondok life guard untuk pantau pelancong-pelancong yang mandi manda supaya semuanya selamat. Kalau ada masalah  atau sebarang pertanyaan boleh tanya pengawal di pondok life guard tersebut, mereka sedia membantu.

Bersiap sedia untuk aktiviti snorkeling.
 








Aktiviti di sini macam biasa.. snorkeling, scuba, pusing-pusing pulau. Nak main-main air & santai-santai saja pun boleh. Pengunjung diberi masa berada di pulau ni sehingga tengahari/petang. Bot-bot akan datang ambil semula ke tanah besar KK sekitar jam 1 tengahari dan seterusnya hingga petang. Pastikan kita naik bot yang sama masa datang tadi.

SEKIAN SAJE..CELOTEH CHE MIE..
SEMOGA ENTRY CHE MIE NI BERMANFAAT DAN BOLEH DIJADIKAN SEDIKIT PANDUAN KEPADA YANG NAK BERCUTI KE SABAH

No comments:

Post a Comment