Total Pageviews

Tuesday 9 January 2018

PERCUTIAN DI PULAU LANGKAWI - MANGROVE TOUR

Sempena tahun baru 2018 ni, Che Mie & Che Mal terjah sekali lagi ke Pulau Langkawi. Short vacation 3D2N saja. Kami sengaja pilih 1hb Januari sebab time ni Langkawi dah lengang sikit. Sebenarnya percutian kali ni adalah sambungan dari percutian yang lepas dimana aktiviti utama kami kali ni ialah mangrove tour.

Kali ni Che Mie & Che Mal ke Langkawi naik ETS dari KL Sentral ke Arau. Kami naik ETS pukul 6.45 pagi dan sampai di Arau 11.45 pagi. Sampai di stesen KTM Arau, kami ambil teksi ke jeti Kuala Perlis. Tambang ETS Platinum dari KL Sentral ke Arau RM98.00 seorang dan kalau pesara kerajaan/tentera RM53.00 sahaja macam Che Mal. Sewa teksi dari stesen KTM Arau ke jeti Kuala Perlis RM26.00, kemudian tambang feri ke Langkawi RM18.00 seorang.


Kepada mereka yang nak bercuti ke Langkawi, jangan lupa selitkan aktiviti mangrove tour. Untuk aktiviti mangrove tour ni, pelancong boleh pilih pakej 1 jam, 2 jam, 3 jam atau 4 jam. Biasanya aktiviti bermula dari jam 9.30 pagi hingga petang.

Antara aktivitinya, pelancong dibawa menyusuri Sg. Kilim sambil melihat panorama dan spesis hidupan paya bakau, melawat ke Gua Kelawar, Gua Buaya, ke fish farm, mandi manda di pulau dan juga melawat ikon Kilim Geoforest Park sambil menikmati keindahan Laut Andaman yang luas.

Bayaran mangrove tour adalah sekitar RM90.00 ke RM125.00 seorang bergantung pada harga yang ditawarkan oleh agen. Kami pilih pakej 4 jam dengan harga RM100.00 seorang. Untuk pakej 4 jam kami ditawarkan sekali dengan lunch di restoran terapung dan bersantai/mandi manda di pulau yang terletak di Laut Andaman. Sekiranya pelancong memilih pakej 1 atau 2 jam, mereka kena menyewa private boat.


Pelancong juga boleh menyewa private boat sekiranya nak kan privacy. Sewanya dalam lingkungan RM200.00 ke RM500.00 satu bot.

Dibawah ni Che Mie tunjukkan pakej-pakej yang ditawarkan oleh Natasha Mangrove Tour sebagai panduan. Pakej ni lebih kurang sama dengan pakej yang ditawarkan oleh agen lain. 


Kepada yang sedang mencari agen mangrove tour boleh call ditalian 04 9592323 Koperasi Komuniti Kampung Kilim atau walk in ke jeti untuk booking. Selain dari itu, boleh juga cari menerusi agen-agen lain seperti hotel dan agen pelancongan. Oleh kerana Che Mie & Che Mal pergi bercuti sendiri-sendiri tanpa agen, maka kami pergi sendiri ke jeti untuk booking. Kepada yang tak familiar dengan jalan di Langkawi boleh set google maps atau waze ke jeti Kg. Kilim yang terletak di Jalan Ayer Hangat.

Ini lah jeti Kg. Kilim
Di Langkawi ni terdapat dua jeti untuk aktiviti mangrove tour iaitu di jeti Kg. Kilim dan satu lagi di jeti Tg. Rhu.

Oleh kerana kami berdua je, kenalah share boat dengan orang lain.
Jeti Kg. Kilim
Destinasi pertama kami ialah ke Bat Cave. Nak masuk ke Bat Cave ni kena ada syarat-syaratnya. Antara syarat-syaratnya jangan buat bising dan jangan sentuh handrail dikuatiri terpegang najis kelawar.

 
Kalau nak tau, inilah mangrove tree
Crocodile Cave.
Masa kami tiba air dah mula pasang, bot kami tak boleh masuk ke dalam gua. Boleh tengok dari luar saja. 
Kemudian kami dibawa melawat fish farm iaitu tempat ternakan ikan. Ada banyak fish farm disini. Pelancong yang datang ke sini berpeluang beri makan ikan sambil melihat pelbagai aksi ikan.
Di fish farm ni ada disediakan toilet serta gerai makan. Kalau dahaga/lapar boleh order makanan dan minuman.
Ada juga yang ambil pakej berkayak.
Destinasi seterusnya kami dibawa tengok helang, terdapat banyak spesis helang antaranya helang merah dan helang perut putih.


 

Kemudian kami dibawa makan tengahari di restoran terapung.
 Selepas makan tengahari, kami dibawa ke sebuah pulau. Ramai juga antara kami yang mandi disini.
 
Kalau nak tau, ini lah Laut Andaman yang menghubungkan Malaysia dan Thailand.
Last sekali, kami dibawa melawat Ikon Kilim Geoforest Park. Setiap pelancong yang mengambil pakej mangrove tour akan dibawa ke sini.


Terima kasih kepada brother Khairul dan Aiman yang merupakan Tour Guide kepada aktiviti mangrove tour kami ini.

AIR TERJUN TEMURUN
Selepas habis aktiviti mangrove tour Che Mie & Che Mal ke air terjun Temurun pula. Tapi sayang seribu kali sayang air sungainya kering. Sepi tempat ni, tak ramai pengunjung. Kalau ada yang datang pun tak tunggu lama, bila tengok air kering mereka beredar keluar semula.



Hanya terdapat batu-batu sungai
  

Air Terjun Temurun sekarang
 Air Terjun Temurun dahulu.
(gambar ihsan dari Google)
Dulu air terjun Temurun ni paling popular di Langkawi, tapi kini kering kontang. Kemana pergi air nya. Yang tinggal hanya batu-batu sungai.
 Terowong yang terletak di Jalan Datai berhampiran air terjun Temurun.
Air terjun buatan yang terletak bersebelahan terowong.

HUTAN LIPUR TENGKORAK
Disebabkan air terjun Temurun kering, kami ke Hutan Lipur Tengkorak yang tak berapa jauh dari air terjun Temurun.

  


Pantai Pasir Tengkorak

CROCODILE PARK
On the way balik dari Pantai Pasir Tengkorak, Che Mie & Che Mal singgah cuci-cuci mata dulu tengok buaya. Tiket masuk untuk dewasa RM18.00 seorang. Crocodile Park ni terletak di Jalan Datai iaitu lebih kurang 6 km dari Pantai Pasir Tengkorak. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
 

 


MINYAK GAMAT
Oh ye.. "Jangan Balik Dari Langkawi Tanpa Minyak Gamat". Pernah dengar tak minyak gamat nusantara dari Langkawi? Disini lah tempatnya. Sebelum ke jeti Kg. Kilim untuk aktiviti mangrove tour pada hari kedua, Che Mie  & Che Mal sempat singgah di Nusantara Maju Enterprise iaitu kilang pemprosesan gamat.

Nusantara Maju  Enterprise ni terletak di Jalan Padang Mat Sirat. Depan kilangnya ada botol gamat besar. Dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Oleh kerana kilang ini dibuka 8.30 pagi, selepas breakfast di hotel kami terus terjah ke sana.



Selain jual minyak sapu gamat, di sini juga ada jual pelbagai produk yang berasaskan gamat dan susu kambing. Ada minyak kayu merah, air gamat, balm, akar kayu, barangan kecantikan seperti krim muka, sabun mandi, sabun muka, syampu, lotion tangan, dan macam-macam lagi hinggakan air gamat untuk lansingkan badan pun ada jual di sini.

 
Selain coklat, produk gamat ni pun boleh dijadikan sebagai buah tangan dari Langkawi.

NASI DAGANG PAK MALAU
Dari Kilang Nusantara kami menuju ke Jalan Ulu Melaka dan Jalan Makam Mahsuri untuk ke jeti Kg. Kilim. Oleh kerana masa pun masih awal lagi sementara nak tunggu mangrove tour pukul 10.00 pagi, Che Mie & Che Mal singgah dulu di Nasi Dagang Pak Malau yang viral tu... Tapi nasib tak menyebelahi kami, gerai Pak Malau tutup seminggu.
Kepada yang teringin nak makan sambil menikmati keindahan sawah padi boleh lah datang ke gerai Nasi Dagang Pak Malau. Mengikut kata orang di situ, nasi dagangnya memang popular dan sedap, rasanya sama seperti nasi dagang di Terengganu. 

Yang hendak ke Makam Mahsuri, bolehlah singgah dulu di gerai Nasi Dagang Pak Malau ni.

UNDERWATER WORLD
Pada hari pertama sebaik tiba di Langkawi kami ambil kesempatan ke Pantai Cenang. Tujuan asal kami ke sini nak jalan-jalan cari makan, tapi ternampak pula Under Water World. Memandangkan hari pun masih awal lagi untuk dinner maka kami pun terjah dulu ke dalam cuci-cuci mata tengok hidupan laut.



Underwater World ni dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Nak masuk kena beli tiket. Harga tiket untuk orang dewasa RM36.00 seorang. Mahalnyaaa.. Nak tak nak kena beli jugak, sebab dah berdiri di depan kaunter.🤭🤭


PANTAI CENANG

Dah puas cuci mata dan bergambar di Underwater World kami ke pantai pula.

 

HIG
Selepas makan malam di Pantai Cenang, Che Mie & Che Mal ke Kompleks HIG pula. HIG ni dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Datang ke Langkawi tak sah kalau tak bawa balik coklat sebagai buah tangan. Sekurang-kurangnya mesti bawa balik coklat Daim.

Haa tu diaa... bersusun coklat.
 


Bersusun beg, rambang mata. Harga pun cantik, yang paling murah RM99.00.
 Beli jangan tak beli. Yang penting duit dalam poket penuh.
Yang tak sempat nak shopping di HIG, jangan susah hati. Masih boleh lagi shopping last minute di airport atau jeti. Di sana juga banyak free duty shop dan kedai-kedai jual coklat dan barangan cenderahati lain sama seperti di HIG. 😀😀😀

Kedai HIG yang terletak di jeti Kuah.

Ini saja aktiviti dan tempat-tempat yang Che Mie & Che Mal dapat pergi. Percutian singkat 3D2N saja.

Kepada yang sedang mencari kereta sewa di Langkawi boleh contact/whatsapp Bang Chik di 013-3508430 atau boleh click di www.mrplangkawi.com untuk keterangan lanjut. 

Kepada yang tak sempat nak uruskan kereta sewa sebelum bercuti, jangan risau, terdapat banyak kaunter kereta sewa di airport dan jeti setibanya di Langkawi. Ada juga yang bagi flyer menawarkan pelbagai pakej 3D2N dan 4D3N.

Jika percutian yang dirancang jatuh musim cuti sekolah atau peak season, Che Mie syorkan lebih baik book kereta awal-awal sebelum bercuti begitu juga tempat penginapan. Kebarangkalian untuk tidak dapat kereta sewa dan tempat penginapan amat tinggi.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Langkawi ni, seperti pantai Tanjung Rhu, cable car, sky bridge, air terjun Telaga Tujuh, island hopping ke pulau Beras Basah, pulau Dayang Bunting, snorkeling di Pulau Payar, parasailing, flying fox dan banyak lagi. Nak tau lebih lanjut mengenai aktiviti diatas boleh tengok entry Che Mie yang lepas.

Semoga entry Che Mie kali ni boleh dijadikan panduan kepada yang nak bercuti ke Langkawi lebih-lebih lagi kepada first timer yang nak ke sana dan yang sedang mencari aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga. Maaf jika susun cerita tunggang langgang.

AKHIR KATA
"SELAMAT BERCUTI"

No comments:

Post a Comment