Entry kali ni Che Mie nak share kan aktiviti dan tempat-tempat menarik yang Che Mie lawati semasa bercuti 4D3N di Langkawi tempoh hari.
AKTIVITI PERTAMA KAMI PADA HARI KEDUA ialah island hopping. Kepada mereka yang nak bercuti ke Langkawi tapi tak tau nak buat aktiviti apa dan nak ke mana, Che Mie cadangkan ambil lah pakej island hopping.
Untuk aktiviti island hopping, pelancong akan dibawa ke Pulau Beras Basah dan Dayang Bunting dengan menaiki speed boat. Pelancong juga akan dibawa melihat eagle feeding berhampiran Pulau Singa Besar.
Pakej island hopping ini ada dua trip. Trip pertama sebelah pagi (dari jam 9 hingga 1 tengahari) dan trip kedua sebelah petang (dari jam 2
hingga 6 petang).
Harga untuk island hopping
berbeza-beza bergantung pada agen dan pakej yang diambil.
Kebiasaannya dalam lingkungan RM35.00 hingga RM40.00 seorang. Terdapat dua lokasi jeti yang menjalankan aktiviti island hopping, iaitu di pekan Kuah (Kompleks Jeti Pelancongan) dan satu lagi di Pantai Cenang.
Pulau Beras Basah


Ok, yang ni di Pulau Beras Basah iaitu destinasi pertama island hopping. Monyet-monyet di pulau ini jinak-jinak saja, tapi jangan tayang makanan depan monyet-monyet tu, nanti kena rampas. Kalau tak bagi, monyet-monyet tadi akan kejar sampai dapat. Boleh dikatakan seluruh kepulauan Langkawi memang banyak monyet. Untuk masuk ke Pulau Beras Basah ni tak dikenakan apa-apa bayaran (entrance fee).
Di sini tiada kemudahan asas seperti toilet, bilik mandi dan surau. Kalau rasa nak membuang/melabur kena lah cari semak-semak. Semoga satu hari nanti pihak LADA (Langkawi Development Authority) akan upgrade pulau ni dengan kemudahan asas. Di sini, pelancong akan diberi masa selama satu jam untuk mandi manda dan berehat. Pandai-pandailah adjust masa supaya tak kena tinggal dengan bot nanti.
Destinasi kami seterusnya adalah ke Pulau Singa Besar untuk melihat eagle feeding. Biasanya bot akan berhenti disini selama 5 ke 10 minit untuk bagi makan helang. Sambil tu pelancong boleh melihat helang dengan lebih dekat lagi.

Setiap bot yang datang akan bawa ayam untuk bagi makan helang.
Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Dayang Bunting pula. Ini lah gunung Dayang Bunting yang digembar gembur kan tu. Ada bahagian kepala, buah dada & perut macam orang mengandung.
Untuk ke tasik Dayang Bunting kena bayar RM5.00 seorang sebagai entrance fee. Kemudian, kena berjalan kaki lebih kurang 1 km untuk ke tasik. Kena lah naik bukit lepas tu turun bukit macam jungle trekking. Tapi jangan risau ada anak tangga yang boleh diikuti untuk ke tasik, memang penat tapi puas hati.
Di sini kalau dahaga/lapar ada gerai jual air dan makanan ringan. Kalau nak makan yang goreng-goreng pun ada. Toilet & bilik mandi pun ada disediakan di sini.
Inilah tasik Dayang Bunting. Tasik air tawar di tengah-tengah pulau.
Bot disini boleh sewa dengan harga RM30.00
Jeti Pelancongan Kuah
Selepas habis aktiviti island hopping dan lunch, kami balik semula ke hotel untuk bersihkan diri dan
solat. Kemudian kami ke Jeti Tanjung Rhu untuk survey Pakej
Mangrove Tour pula. Tapi nasib tak menyebelahi kami kerana aktiviti mangrove tour untuk hari ni dah habis, kena datang semula esok pagi. Untuk aktiviti mangrove ni kami tak ambil sebab esok dah set aktiviti lain untuk ke Gunung Mat Chincang.
Dari survey yang Che Mie dapat, pakej mangrove tour ni agak mahal lebih kurang RM90.00 ke RM125.00 seorang dan untuk sewa satu bot dalam lingkungan RM200.00 ke RM500.00. Terdapat dua jeti yang menjalankan aktiviti mangrove tour iaitu di Kg. Kilim dan satu lagi di Tg. Rhu.
Balik dari jeti, kami singgah di Pantai Tanjung Rhu pula santai-santai sambil minum petang.
Dengar cerita disini juga ada
aktiviti parasailing. Masa Che Mie sampai tak nampak apa-apa pun
aktiviti parasailing di sini, mungkin dah lewat petang, semua aktiviti
dah habis.
Pantai Tanjung Rhu
AKTIVITI KAMI PADA HARI KETIGA ialah ke Panorama Langkawi. Kalau datang ke Langkawi tak sah kalau tak naik cable car. Cable car ni dah macam trademark untuk orang datang ke Langkawi.
Masa nak beli tiket kena tunjuk IC. Harga tiket untuk warganegara dan foreigner tak sama. Che Mie & Che Mal ambil Pakej Basic Combo RM40.00 seorang.
Dari dalam cable car boleh nampak air terjun Telaga Tujuh. 
Yang ni pemandangan atas dari middle station. Nampak tu.. dari station atas nak turun ke sky bridge boleh tahan juga jauhnya. Sky bridge nya terlindung dengan pokok. Untuk nak ke sky bridge, pelancong kena naik cable car semula ke station atas.
Yang ni pula pemandangan bawah dari middle station.
View dari on top station. Cantik sangat pemandangan di sini. Yang biru tu adalah laut bergabung dengan langit biru.
Nak ke sky bridge ni ada dua pilihan. Pilihan pertama boleh turun ke bawah berjalan kaki ikut anak tangga macam gambar di atas atau pilihan kedua dengan menaiki Sky Glide. Kalau tak salah tiketnya berharga RM10.00 atau RM15.00 seorang. Che Mie dan Che Mal pilih turun ikut tangga je, baru adventure sikit. hahaha... Nak ke sky bridge jalan kaki pun kena bayar tau, harga tiketnya RM5.00 seorang.
Bergoyang sikit kepala lutut Che Mie masa ni bila tengok tiangnya yang satu tu TAPI memang seronok sangat tempat ni. Kepada mereka yang nak bercuti ke Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk ke sini.
gambar ihsan dari google (nak tunjukkan struktur binaan sky bridge)
Skybridge ni tergantung dengan beberapa tali keluli yang di support pada 1 tiang aje macam gambar diatas.
Dah penat berjalan kat gunung Mat Chincang, selepas ni Che Mie & Che Mal nak ke air terjun Telaga Tujuh pula. Air terjun ni tak jauh dari stesen cable car, tak sampai 1km. Nak masuk ke air terjun ni tidak dikenakan apa-apa bayaran, cuma perlu bayar parking jer..😀😀. Keadaan disini agak sunyi dan jarang-jarang sekali berselisih dengan pengunjung yang lain. Bagi wanita-wanita kalau boleh jangan jalan seorang diri. Berjalan dalam group yang ramai adalah lebih baik dan selamat.
Nak ke air terjun ni pun kena mendaki ratusan anak tangga lagi.
Dari sini boleh nampak cable car
On the way balik dari air terjun Telaga Tujuh, kami singgah jalan-jalan di Telaga Harbour Marina, iaitu tempat kapal layar berlaboh.
Banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi ni. Ada aktiviti skytrex, flying fox, aktiviti berkuda di Island Horse, menunggang kenderaan ATV. Semua tempat aktiviti ni berdekatan dengan Panorama Langkawi. Kalau yang ada bajet lebih boleh ambil pakej helicopter tours. Sewanya RM1000 ++ begantung pada lokasi & hours nak sewa.
Bagi yang bawa anak-anak kecil yang sedang naik sesuai rasanya bawa anak-anak melawat ke Bird of Paradise, Underwater World, Muzium 3D & Taman Buaya.
Cerita tempat makan, memang banyak tempat makan di sini. Sebelah malam Che Mie & Che Mal jalan-jalan cari makan di Pantai Cenang. Pantai Cenang ni sebelah malam hidup tau, bukan lah hidup bernyawa tapi happening, meriah macam pasar malam. Di sini terdapat banyak tempat makan. Ada restoran siam, arab, western, pakistan, shell out semuanya ada. Kalau nak makan seafood dan masakan jepun, Che Mie syorkan datanglah makan di Telaga Seafood Restaurant yang terletak di Jalan Pantai Cenang. Kedai-kedai makan dan restoran di sini dibuka hingga awal pagi. Di kiri kanan Jalan Pantai Cenang ni juga terdapat banyak hotel, motel & chalet yang boleh disewa. Suasana malam disini agak bising sikit berbanding tempat lain.
Port nak shopping pun banyak. Di sini juga ada Cenang Mall, terdapat banyak free duty shop didalamnya. Di Pantai Cenang ni juga terletaknya Underwater World yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 6.00 petang.
Pantai Cenang
(gambar ihsan dari google)
CERITA PASAL TEMPAT PENGINAPAN, terdapat banyak hotel di Langkawi. Boleh pilih
hotel bertaraf 5 star, 4 star, 3 star hingga yang no star semuanya ada ikut pada bajet masing-masing. Ada juga homestay, resort, motel dan chalet.
Yang tengah mencari tempat penginapan tu boleh google tengok senarai
hotel yang ada di Langkawi. Bajet kami untuk percutian kali ni hotel 3 bintang aje.. almaklumlah bajet pun ciput. Che
Mie nak promote sikit hotel yang Che Mie sewa hari tu di Langkawi
Seaview Hotel.
Ini lah Langkawi Seaview Hotel yang terletak di Pekan Kuah

Bagi Che Mie service hotel ni memang tip top. Hari-hari
room service akan datang kemas bilik, tukar tuala mandi,
refill balik apa yang dah kurang, menu breakfast pun banyak. Facilities
pun ok, Memang sesuai dengan taraf 3 bintangnya. Setiap hari Che Mie & Che Mal akan keluar pagi dan balik ke hotel semula lewat petang. Setiap kali balik ke bilik, Che Mie perhatikan katil dah bekemas rapi, tuala mandi tukar baru, bakul sampah kosong dan bilik air dah dicuci bersih, lantai dah mop & sapu bersih. Yang best dah tersedia iron & iron board sekali dalam bilik, tak payah lagi nak call room service. Plug socket pun banyak. Sebelum Che Mie booking hotel ni, adalah Che Mie review komen-komen kat Booking.com tu. Ada yang bagi komen positif dan banyak juga yang komen negatif. Bila Che Mie dah menginap disini, tak la seteruk macam mana yang komen-komen negatif tu.. OK jer. Bagi Che Mie yang penting hotel tersebut bersih, diiktiraf halal, suasana dan susun atur perabot dalam bilik tersebut kemas.
Kepada yang berminat dan nak mengetahui lebih lanjut tentang Langkawi Seaview Hotel, boleh click di www.langkawiseaviewhotel.com
View dari balkoni Langkawi Seaview Hotel
Untuk
yang kaki shopping tu boleh lah sewa di HIG Hotel. Senang nak angkut
barang dan boleh datang shopping bila-bila masa dari jam 10 pagi hingga
10 malam.
Hotel ni bersebelahan je dengan HIG Shopping Complex. HIG ni abbreviation untuk Hj Ismail Group. Tak ada gambar nak tunjuk kat entry ni, sebabnya memang tak bergambar pun di HIG ni. Kepada yang nak tahu lebih lanjut mengenai HIG boleh lah try google. Kalau datang ke Langkawi tak sah kalau tak singgah di Hj. Ismail iaitu
tempat syurga membeli belah especially coklat. Selain coklat ada juga travel bag, pinggan mangkuk, pakaian semuanya ada, yang penting duit dalam poket penuh.
HIG ni dahulu hanya shop lot, tapi sekarang dah maju ada bangunan shopping complex dan hotel sendiri.
Kami
ke HIG ni pada hari pertama semata-mata nak beli coklat untuk buah tangan
keluarga. Hari keempat kami datang sekali lagi untuk beli beg pula,
sebabnya coklat-coklat yang beli hari tu tak muat nak sumbat dalam beg
pakaian yang ada. Kami cari beg yang agak-agak boleh bawa naik ke kabin.
Cari punya cari akhirnya terjumpa dengan travel bag ni berharga RM99.00 jenama
HIG.
Inilah beg yang Che Mie beli di HIG hari tu.. Kecil & comel je beg ni, berharga RM99.00 (jenama HIG 😀😀)...Walaupun buatan local tapi kualiti beg ni memang terbaikk!!!
AKHIR KATA, datanglah bercuti ke Langkawi. Memang best... Kalau nak tahu Pulau Langkawi juga diiktiraf sebagai salah satu pusat pelancongan bertaraf dunia.
Semoga info Che Mie ni boleh jadi panduan dan sedikit gambaran kepada yang nak bercuti ke Langkawi terutama sekali kepada first timer yang nak ke sana. InsyaAllah Che Mie & Che Mal akan datang lagi ke Langkawi untuk ambil pakej mangrove tour pula yang tak kesampaian hari tu.
Kepada yang tengah cari perkhidmatan kereta sewa, boleh cuba contact Bang Chik atau whatsapp ke 013 3508430. Untuk info lanjut boleh click www.mrplangkawi.com
SELAMAT BERCUTI SEMUA
😀