Total Pageviews

Saturday 26 June 2021

PERJALANAN HAJI KU YANG TERTANGGUH

Assalamualaikum kepada semua yang mengikuti blog Che Mie😊😊.

Entry kali ni Che Mie nak cerita mengenai haji Che Mie yang 3 tahun tertangguh 😭. Sebelum ni Che Mie leka dan tak ambil berat pun pasal haji. 

Ceritanya, selepas Che Mie mendaftar haji pada April 2008, Che Mie langsung tak buat semakan tahun giliran haji. Tak pernah terfikir nak buat rayuan supaya dapat pergi haji awal. Bila orang tanya bila boleh pergi haji?, laju je mulut ni cakap 2021 πŸ˜…, macam tertera kat slip pendaftaran haji tu. Dalam otak ni dah set Che Mie nak pergi haji 2021. 

Che Mie dan suami merancang akan mula buat persiapan haji pada tahun 2019. Kami berdua bercadang akan hadir ke Kursus Asas Haji pada hujung tahun 2019 dan tahun 2020 supaya kami betul-betul faham perlaksanaannya sebelum berangkat ke tanah suci pada 2021. Tapi sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah.

2019

Nak dijadikan cerita, pada pertengahan Januari 2019 sampailah satu surat tebal berlogokan Tabung Haji ke rumah. Excited sangat nak baca sebab sebelum ni tak pernah dapat surat dari Tabung Haji, tebal pulak tu tapi masa tu Che Mie ingatkan surat biasa-biasa je. Memang dah tune dalam otak ni giliran haji Che Mie 2021 dan tak mungkin tu surat tawaran haji. Masa tahun 2019 ni, semua surat-menyurat berkaitan tawaran haji masih lagi dipos ke rumah-rumah. Penggunaan applikasi Thijari masa tu belum meluas lagi. Semua urusan haji perlu dibuat di kaunter.

Allahuakbar...sedih, gembira, terharu semuanya ada,  mana taknya dapat surat cinta untuk menjadi tetamu Allah. Berkali-kali Che Mie baca. Seronoknya hanya Allah je yang tahu. Masa tu barulah terpikir macam mana boleh dua tahun awal, bukan ke sepatutnya  2021.

Masa tu blur kejap, ilmu tentang haji langsung takde. Senang kata tiada persediaan langsung untuk pergi mengerjakan haji pada tahun 2019. Kursus haji pun tak pergi lagi. 

Setelah tanya pendapat suami, mak dan ayah, maka Che Mie pun buat keputusan menangguhkan haji pada tahun 2020.

Bermula hari tu, maka start lah episod Che Mie buat persediaan haji. Top up semula simpanan dalam akaun Tabung Haji. Mula beli pakaian dan keperluan haji sikit-sikitπŸ˜…πŸ˜…. Masa ni Che Mie dah mula ikuti perkembangan Tabung Haji. Banyak cari bahan bacaan mengenai haji dan bertanya pengalaman orang-orang yang pernah mengerjakan haji. Che Mie banyak bertanya dan rujuk dengan mak Che Mie mengenai perlaksanaan haji. Seronak dengar mak Che Mie bercerita tentang pengalamannya di Madinah dan Mekah ketika mengerjakan haji pada tahun 2018. Ada cerita sedih dan ada cerita lucu yang boleh dijadikan iktibar. Cerita yang betul-betul beri kesan pada Che Mie ialah kejadian ribut pasir ketika di Arafah. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, maka pada Disember 2019 Che Mie dan suami hadir ke Kursus Asas Haji sebanyak 13 siri di Masjid Amaniah Batu Caves.

2020

Alhamdulillah,  dalam bulan Februari 2020, Che Mie terima sekali lagi surat Tawaran Haji untuk tahun 2020/1441H, tapi kali ni tawaran diterima melalui applikasi Thijari. Che Mie juga uruskan surat rayuan untuk suami sebagai mahram. Masa tu kami berdua dah bersedia untuk mengerjakan haji.

Tak lama tu, dapat Buku Rekod Rawatan dan temujanji pemeriksaan kesihatan pada 28 Mac 2020. Kursus Asas Haji kami pun berakhir seminggu lagi nak PKP 1πŸ˜‚πŸ˜‚. Maka bermulalah episod tertangguh lagi haji Che Mie dan suami.

Walaupun pendemik melanda di seluruh dunia tapi Che Mie dan suami masih lagi berharap ada keajaiban untuk ke tanah suci pada tahun tu. Sentiasa menanti kabar gembira dari Tabung Haji. Akhirnya, kami redha dengan keputusan Kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan haji untuk jemaah dari luar pada tahun 2020.

2021

Pada awal tahun 2021, Che Mie terima surat jemputan Kursus Asas Haji. Kali ni disebabkan covid, kursus asas haji dibuat secara atas talian. Masa tu permohonan rayuan haji juga telah dibuka. Tawaran haji suami Che Mie sebelum ni dikira batal. Suami Che Mie kena buat rayuan semula untuk tahun 2021.

Pada 02 Mei 2021, Che Mie telah dipanggil oleh Tabung Haji untuk ambil suntikan meningococcal. Perkara pertama yang berlegar dalam kepala ni...   kenapa kena ambil suntikan?, meningococcal pulak tu. Dah confirm ke ada haji tahun ni? Kemudian pada 20 Mei pula dipanggil lagi untuk suntikan 1st dose pfizer dan pada 10 Jun untuk 2nd dose πŸ˜€. Walaupun banyak sangat mitos mengenai vaksin covid ni, tapi demi haji Che Mie redha. InshaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.

Ini adalah langkah awal Kerajaan Malaysia (Tabung Haji) sementara menanti keputusan dari Arab Saudi. Semuanya telah diatur oleh Tabung Haji. Semua bakal jemaah haji yang tertangguh pada tahun 2020 diminta standby untuk haji 2021. Tapi masa ni Che Mie susah hati sangat sebab nama Che Mie seorang saja yang dapat temujanji untuk ambil vaksin sedangkan Che Mie berhasrat nak pergi haji bersama suami. 

Masa tu duk pikir jika ditakdirkan ada haji tahun 2021, macam mana dengan status rayuan suami. Sempat ke suami nak ambil vaksin dengan gap 21 hari setiap dose. Masa ni belum dapat apa-apa surat rasmi  tawaran haji lagi tapi sentiasa bersediaπŸ˜‚. Setiap hari suami semak di MySejahtera kot-kot dapat tarikh temujanji dalam masa terdekat.

Apa yang Che Mie buat, Che Mie  berjumpa dengan Doktor yang in charge di PPV. Che Mie mohon slot untuk suami sekali atas alasan haji, suami berkemungkinan akan menjadi mahram kepada Che Mie. Nampak macam tak sabarkan,πŸ˜‚tapi sebenarnya ni adalah salah satu persediaan awal kami sementara menanti surat tawaran keluar. Rezeki suami pada hari tu dapat juga ambil vaksin bersama. Che Mie nak sangat pergi haji berdua dengan suami, walaupun belum tentu ada haji tahun 2021.

Pada 12 Jun 2021, maka dengan rasminya pihak Tabung Haji nengumumkan tiada haji pada tahun 2021. Maka terjawab lah segala persoalan. Che Mie redha, kita merancang dan Allah pun merancang dan perancangan Allah itu adalah terbaik.

2022

Bulan Januari, Februari dan Mac berlalu tanpa sebarang berita dari Tabung Haji mengenai haji 2022. Bulan haji semakin hampir tapi masih tiada jawapan dari Kerajaan Arab Saudi. Dah masuk bulan Ramadhan tapi kuota haji untuk tahun 2022 belum diumumkan lagi. Hati Che Mie berat mengatakan tak ada haji tahun ni. Che Mie dan suami dah boleh terima kenyataan. Hati kami pun dah tak kearah nak mengerjakan haji. Hati lebih kepada nak pergi bercuti. Sebelum Ramadhan kami dah booking penginapan di Pulau Redang untuk bercuti selepas raya nanti. Tak ada langsung persediaan untuk haji tahun ni seperti tahun-tahun yang lepas.

Alhamdulillah, tak sangka kita merancang dan Allah pun merancang😭😭. Pagi 25 April, seminggu lagi nak raya Che Mie dimaklumkan oleh THCC terpilih mengerjakan haji pada tahun ni. Lepas letak handphone Che Mie menangis. Sorok-sorok menangis,  segan kat kawan-kawan office nampak nanti. Buat-buat pergi toilet tapi sebenarnya nak sambung menangis lagi. Maunya tak menangis, bila diberitahu akan menjadi tetamu Allah. Dah tentu rasa sedih, gembira, gementar semuanya ada. 

Semua urusan haji perlu diselesaikan dalam masa 1 minggu. Che Mie salah seorang yang menerima tawaran pada batch pertama. Kepada bakal haji yang dapat tawaran 1st batch, diberi pemeriksaan kesihatan percuma di Klinik Kesihatan terpilih. Batch seterusnya, pemeriksaan kesihatan buat di klinik-klinik swasta terpilih oleh Tabung Haji atas pembiayaan sendiri.

Pemeriksaan kesihatan untuk haji 2022 sangat ketat. Atas faktor wabak covid, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kriteria umur dan tahap kesihatan yang tinggi kepada bakal haji. Umur tak boleh lebih 65. Ramai bakal haji yang menghidap sakit kronik dan mempunyai sejarah penyakit kronik sebelum ni gagal ujian kesihatan dan mereka semua ditangguhkan pemergian ke tanah suci. Even kencing manis tak boleh lebih dari 8 mmol/L. Ada yang dah sembuh dari cancer tapi still gagal ujian kesihatan disebabkan ada stent di dalam badan dan masih buat check up di hospital setiap 6 bulan. Semoga Kerajaan Arab Saudi tidak mengenakan lagi kriteria tahap kesihatan yang ketat kepada bakal-bakal haji pada tahun hadapan dan seterusnya. Begitu juga diberi kelonggaran pada kriteria umur.

Berbalik kepada topik persiapan haji Che Mie, mood nak raya masa tu dah ke laut. Orang sibuk buat persediaan raya tapi Che Mie sibuk buat persiapan haji. Kuih dan baju raya dah tak penting masa tu. 

Sibuk buat pemeriksaan kesihatan, cari Ketua Kampung sebab nak dapatkan pengesahan sijil nikah, urusan dengan Bank Islam,  setengah hari di pejabat imegresen renew passport dan keluar masuk pejabat Tabung Haji atas urusan serahan surat tawaran, serahan dokumen sokongan dan sebagainya. 

Alhamdulillah, dalam masa seminggu Che Mie usaha sedaya upaya settle kan semua urusan haji. Cuba selesaikan dalam masa seminggu sebab minggu depan tu dah cuti panjang nak raya, dah tentu ramai yang bercuti dan banyak pejabat yang tutup. Lagi pun rayuan suami sebagai mahram melalui Thijari hanya boleh dibuat setelah Che Mie serahkan Buku Rekod Rawatan kepada Tabung Haji. Selagi tak serahkan Buku Rekod Rawatan masih dikira belum confirm. Che Mie kena uruskan cepat-cepat supaya suami dapat buat rayuan.

Part Che Mie dah selesai, hanya tinggal suami yang masih belum dapat tawaran lagi. Masa ni betul-betul susah hati. Sentiasa berdoa dengan penuh harapan suami dapat pergi haji sekali.

Hari berganti hari dilalui dengan debaran menanti keputusan rayuan suami. Tarikh penerbangan pertama (4 Jun) makin lama makin dekat tak sampai sebulan lagi tapi belum ada sebarang berita buat suami. 

21 Mei, Che Mie dijemput ke Kursus Perdana Haji di Masjid Negeri Shah Alam. Datang kursus sorang-sorang tanpa suami😭😭sebab suami belum dapat tawaran haji lagi. Kebetulan suami pulak sibuk masa tu, selalu outstation.

Walaupun ramai bakal haji wanita yang datang ke kursus berseorangan tapi hati Che Mie tetap rasa sedih sebab suami tak dapat bersama ke kursus perdana haji. Sedihnya Allah saja yang tahu. Sedih mengenangkan rayuan suami yang belum dapat jawapan.

Subhanallah, hari tu semasa semua peserta kursus haji sedang tunaikan solat zohor, entah macam mana hati Che Mie tergerak nak semak Thijari suami. Suami dari awal lagi dah beri keizinan untuk tolong tengok-tengokkan status rayuannya di Thijari dan buat apa yang patut. Terus Che Mie click button TERIMA TAWARAN bagi pihak suami. Sorok-sorok jugaklah muka ni supaya orang tak nampak yang Che Mie tengah menangis. Seronoknya tak boleh nak digambarkan hanya Allah saja yang tahu. Menangis sebab bersyukur sangat rayuan suami berjaya. Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa kami. Doa mak dan ayah yang tak pernah putus untuk anak dan menantunya. Terima kasih pada mak yang sudi dengar luahan hati dan kerisauan anaknya tentang rayuan suami yang belum terjawab lagi. 

Macam biasa, masa yang diberikan untuk menjawab tawaran hanya seminggu.

Walaupun suami pada minggu tu ada tugasan di Kuantan tapi dia diberi pelepasan untuk balik ke KL. 25hb Mei, pagi-pagi lagi kami dah terpacak kat pejabat Tabung Haji. Serahkan surat tawaran suami dan ambil Buku Rekod Rawatan.

Kemudian terus ke klinik untuk buat pemeriksaan kesihatan. Dekat sini kami dah risau sebab suami memang ada kencing manis. Bacaan gula suami masa tu 7.2. Selesai buat pemeriksaan kesihatan dan ECG, doktor terus bagi suntikan meningococcal kepada suami. Doktor cadangkan kami ambil juga suntikan influenza. Kesian juga kepada suami sebab dalam masa yang sama kena cucuk 2 kali. Risau sekiranya ada kesan sampingan. Selepas dah selesai semua, doktor kata suami kena ambil darah terlebih dulu untuk dihantar ke makmal. Esok datang ke klinik semula untuk ambil result dan Buku Rekod Rawatan. Masa ni kami dah mula rasa cuak sikit bila doktor kata balik rumah dulu dan datang semula esok selepas result keluar dari makmal. Sekali lagi berharap tidak ada apa-apa penyakit lain yang boleh menggagalkan tahap kesihatan suami untuk ke tanah suci.

Tengahari esoknya kami ke klinik semula. Alhamdulillah dari ujian darah tersebut semuanya normal, negative dan dalam range, kecuali diabetes lepasi border sikit. Gembiranya tak terkata masa tu. Dari klinik kami terus ke pejabat Tabung Haji serahkan Buku Rekod Rawatan dan passport suami. Alhamdulillah, semua urusan haji suami dapat diselesaikan dalam masa 2 hari. Esoknya suami ke Kuantan semula.

Pagi sebelum Che Mie dan suami ke klinik sebenarnya Che Mie dah dapat jadual penerbangan. Dijadualkan terbang pada 7 Jun (KT07). Terkebil-kebil jugak masa ni. Che Mie print siap-siap jadual penerbangan dan bawa ke Pejabat Tabung Haji. Che Mie mohon agar jadual penerbangan Che Mie diselaraskan semula supaya sama dengan suami.

Alhamdulillah, 31hb. Mei kami berdua terima jadual penerbangan. Dapat tarikh penerbangan pada 12hb Jun (KT16) ke Madinah dulu.

Alhamdulillah, semua urusan haji kami telah selesai. Hanya menanti hari untuk menjejakkan kaki di bumi Madinah dan Mekah.

Inilah perjalanan haji Che Mie dan suami.

Setelah tiga tahun tertangguh, akhirnya Che Mie dan suami dijemput menjadi tetamunya.

Haji 1443H / 2022

πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹

SEDIKIT NASIHAT DAN PENDAPAT KEPADA BAKAL DHUYUFURRAHMAN

Kepada yang telah mendaftar haji, rajin-rajinlah membuat semakan tahun giliran haji. Sebabnya tahun yang diperuntukkan boleh berubah awal 2 atau  3 tahun dari tahun giliran asal. Setidak-tidaknya boleh buat persiapan 1 atau 2 tahun sebelum berangkat ke tanah suci.

Sekarang semuanya dah mudah, ada aplikasi Thijari. Boleh buat semakan bila-bila masa saja.

Kepada yang belum mendaftar haji, mendaftarlah sekarang. Sekarang ni dah boleh mendaftar melalui Thijari, tak perlu lagi ke kaunter. 

Yang baru mendaftar, jangan terkejut bila lihat dalam sistem tahun giliran adalah 100 - 200 tahun lagiπŸ˜‚. Sebab apa? Sebabnya dah ramai yang ada kesedaran mengenai daftar haji.  Ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anaknya pada peringkat kanak-kanak malah yang masih baby lagi. Tapi jangan pening-pening kepala, tahun yang diperuntukkan tu hanyalah angka giliran pada sistem yang di set oleh manusia. Yang pasti Allah pun dah tentukan tahun giliran kita. Kita merancang dan Allah pun merancang.

Ramai di luar sana yang gilirannya masih jauh lagi tapi atas asbab usahanya membuat rayuan setiap tahun, dapat dia pergi haji awal. Ada juga yang dapat haji awal asbab jadi mahram/pengiring kepada ibu bapa dan adik beradik perempuan. Suami ikut isteri dan isteri ikut suami. Ada juga yang dapat pergi awal asbab ambil Pakej haji dengan pengelola haji swasta.

Untuk menjadi tetamu Allah ni bukan diukur dari awal atau lambatnya kita mendaftar tapi dengan izin dan kehendak dari Allah. Allah menjemput untuk menjadi tetamuNya tak kira usia. MashaAllah ada yang dapat tawaran dan pergi haji masih muda belasan tahun. Allah maha mengatur dan mengetahui urusan hambanya.

•Banyakkan berdoa,

•Kumpul duit untuk bayaran / tambang haji dan perbelanjaan ketika berada di tanah suci.

•Berusaha mempelajari ilmu haji.  Hadir ke Kursus Asas Haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji setiap tahun.

•Buat rayuan haji setiap tahun. Ramai yang telah pergi haji awal atas tiket rayuan jika nak dibandingkan giliran yang masih berpuluh tahun.

PERBELANJAAN DI MADINAH & MEKAH

πŸ”΄DAM.

•Bayaran dam untuk haji tamatuk (SAR500 ke SAR600). 

•Larangan-larangan ihram lain sekiranya berlaku. Contohnya, dam untuk keguguran rambut dan yang berkaitan dengan kecantikan dan pakaian adalah SAR60.

πŸ”΄SARAPAN / MAKAN / INFAK. 

Pihak Tabung Haji tidak menyediakan sarapan pagi. Kos sarapan adalah tanggungan jemaah haji sendiri. Anggaran perbelanjaan untuk sarapan sehari lebih kurang SAR20 - SAR30. Tapi jika bersarapan/makan di restoran seperti KFC, Al Baik, di food court sebagainya, kosnya sekitar SAR30 ke SAR50 sehari. Kos untuk makan-makan selama 45 hari dalam anggaran SAR500 seorang.  Belum termasuk lagi yang nak belanja makan kawan-kawan sebilik. Ada yang baik hati, mereka belanja makan satu bangunan penginapan. Caranya, mereka pergi ke kiosk tabung haji di lobby dan pilih menu apa yang nak belanja hari tu. Contohnya, kita nak belanja nasi lemak. So, kita bayarkan semua jumlah bungkusan nasi lemak yang ada. Lepas tu, sesiapa yang datang ke kiosk untuk membeli nasi lemak akan dapat percuma. Ini juga salah satu contoh ladang pahala yang boleh kita buat. Bukan saja di tanah suci tapi di mana-mana bumi kita berada. Semasa Che Mie di Mekah tempoh hari, selalu juga dapat minum teh tarik free. Sebabnya ada haji/hajah yang baik hati belanja kami semua.

πŸ”΄UMRAH SUNAT.

Sekiranya jemaah haji hendak mengerjakan umrah sunat, perlu guna duit sendiri untuk tambang teksi ke tanah halal. Tanah halal yang terdekat dari Masjidilharam adalah di Tanaim (Masjid Ayesha). Tambangnya sekitar SAR50 ke SAR70 untuk dua hala (return). Kos tambang teksi boleh mencecah sehingga SAR100 pada waktu kemuncak haji. Sebenarnya, ada disediakan perkhidmatan bas free ke Tanaim. Tapi bas ni kebiasaannya berjalan ikut time. Che Mie dan suami lebih suka buat umrah waktu malam sekitar jam 12 hingga 4 pagi. Tak tau bas free tu berjalan pukul berapa?. So, kami prefer ambil teksi. Kebiasaannya kami ke Tanaim dalam pukul 12 malam dan balik semula ke Masjidilharam dalam jam 1 atau 2 pagi. Umrah kami biasanya akan selesai dalam jam 3 atau 4 pagi sebelum solat subuh. 

πŸ”΄PERBELANJAAN LUAR JANGKA.

Kena ingat juga perbelanjaan luar jangka seperti keuzuran. Masa ni mungkin jemaah yang uzur perlu mengupah orang tolak wheel chair atau sewa skuter untuk tawaf dan saie. Upah untuk tolak wheel chair dalam lingkungan SAR150 hingga SAR300.

πŸ”΄SEDEKAH

Peruntukkan sikit duit untuk bersedekah. Berapa banyak nak bersedekah terpulang pada individu sendiri.

πŸ”΄MEMBELI BELAH.

Shopping ni walau tak banyak, kena juga beli sikit sebagai buah tangan dari Madinah dan Makkah tanda ingatan untuk orang tersayang di Malaysia. Sejadah raudhah sudah semestinya di hati. Part shopping ni memang perlu duit yang banyakπŸ˜ƒπŸ˜ƒ. Besar periuk nya, maka besarlah keraknya. Che Mie boleh anggarkan SAR2,000 - SAR4,000 dan mungkin boleh lebih lagiπŸ˜‚πŸ˜‚. Tak percaya kan... Nanti bila sampai masanya, tau laaa. Menggelabah cari ATM. Che Mie dulu pun sebelum berangkat ke tanah suci, berjanji nak tumpukan pada ibadah. Tak nak shopping-shopping ni. Tak nak beli banyak-banyak. Tapi bila sampai di sana, janji hanya tinggal janji. Baru 4 hari sampai di Madinah dah pos barang ke Malaysia. Berbelanja di Madinah lain, di Makkah lain. 

πŸ”΄ PERBELANJAAN KEPERLUAN PERIBADI.

Perbelanjaan untuk keperluan peribadi dan harian seperti baldi, sabun basuh, ubat gigi, sabun mandi, panty liner, maggie cup dll.

πŸ”΄ PLAN INTERNET.

Beli/topup untuk line / internet telefon. Line telefon anggaran SAR100 untuk 8G sebulan. Jika berada di Arab Saudi selama 45 hari, jemaah kena beli topup untuk sebulan lagi. 

πŸ”΄POSTAGE.

Yang mana membeli belah banyak-banyak tu dah tentu nak kena pos. Sekali pos barang ke Malaysia tak lari SAR150 - SAR300πŸ˜…πŸ˜…. Sekilo SAR18. Kalau 3 atau 4 kali pos dan berkotak-kotak, dah berapa duitnya tu?.

πŸ”΄CHECK IN HOTEL

Yang ni tambahan, kalau tak nak pun takpe. Check in hotel buat pasangan suami isteri πŸ˜†. Semalam dalam anggaran SAR200 - SAR500 bergantung pada taraf bintang hotel tu. Jika 2 atau 3 kali check in hotel dah berapa kosnya disitu. Kos pengangkutan nak ke hotel juga perlu diambil kira. Semasa Che Mie di sana, hotel yang kami sewa jauhnya lebih kurang 7km dari Masjidilharam. Tempah hotel (Blue Coral Hotel) melalui Booking.Com. Tambang teksi sekitar SAR25 sehala bergantung pada driver teksi. Pihak Tabung Haji juga ada menyediakan Bilik Berkat di setiap bangunan penginapan dengan bayaran SAR50 untuk 2 jam. 

πŸ‘†Ini adalah bentuk-bentuk perbelanjaan di tanah suci berdasarkan kepada pengalaman Che Mie tempoh hari.

Pendek kata, seorang jemaah haji perlu sediakan duit belanja sekitar RM5,000 ke RM10,000 dan pastikan duit tu dimasukkan siap-siap kedalam akaun Bank Islam. Pastikan setiap jemaah haji atau salah seorang dari suami atau isteri mempunyai kad debit-i dari Bank Islam. Supaya nanti boleh withdraw melalui Bank Ar Rajhi atau mana-mana mesin ATM di Arab Saudi. Jangan lupa aktifkan kad debit kepada penggunaan oversea sebelum berangkat ke tanah suci.

Sekian, sedikit catatan dari pengalaman dan perjalanan haji Che Mie dan suami.

πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹

πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹πŸ•‹

Apa-apa pun, yang penting be positive. Allah maha mengetahui dan melihat setiap usaha dan kesungguhan hambanya. Jangan berputus asa sekiranya giliran haji masih jauh lagi.  Sentiasa ikuti perkembangan Tabung Haji terutamanya tarikh rayuan haji dibuka. Buat rayuan haji setiap tahun. Yang berkemampuan boleh cuba buat rayuan melalui pakej haji dengan syarikat pengelola haji swasta. InsyaAllah...